fbpx
Gambar hiasan

Belanjawan 2026: Kakitangan ‘gomen’ dapat RM500

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Sebanyak RM500 Bantuan Khas Kewangan diumumkan kepada semua penjawat awam gred 56 dan ke bawah termasuk lantikan kontrak.

Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan berita baik itu pada Pembentangan Belanjawan 2026 di Dewan Rakyat hari ini.

“Mengambil kira peningkatan gaji 2026 yang melibatkan penambahan RM18 bilion, disusuli pemberian Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (Sara) bulanan, saya dengan ini mengumumkan Bantuan Khas Kewangan

“Bantuan Khas Kewangan turut diberikan kepada semua pesara kerajaan termasuk veteran berpencen dan veteran tidak berpencen sebanyak RM250.

“Bantuan ini akan disalurkan pada awal Mac 2026 sempena menyambut Aidilfitri,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN