fbpx
GAMBAR fail satu gurauan yang berlaku dalam majlis perkahwinan. - Foto Douyin

2 pengapit pengantin perempuan diikat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BEIJING – Satu insiden mengejutkan berlaku di wilayah Shaanxi, China, apabila dua pengapit pengantin perempuan telah diikat dan dipaksa untuk bercium secara tidak rela dengan orang asing, lapor laman South China Morning Post (SCMP) semalam.

Menurut laporan itu, sebuah video tular menunjukkan para pengapit pengantin diikat pada sebuah skuter elektrik dan dipaksa mencium orang asing.

Kejadian tersebut mencetuskan kemarahan meluas di platform media sosial China terhadap tradisi perkahwinan yang dianggap keterlaluan dan dilabel sebagai gangguan seksual oleh sebahagian pengguna.

Video itu dirakam pada bulan September lalu. memaparkan seorang lelaki memegang kepala kedua-dua pengapit tersebut ke bawah sementara seorang lagi mencium mereka.

Perakam video tersebut menyatakan ia berlangsung selama beberapa minit.

Dalam video berkenaan, seorang wanita kelihatan tertekan, manakala seorang lagi merah padam kerana malu.

Menurut pegawai tempatan, kejadian itu merupakan sebahagian daripada tradisi gurauan perkahwinan yang dikenali sebagai ‘hun nao’ yang popular di sesetengah kawasan luar bandar China. 

Namun, pengguna media sosial mengecam lelaki-lelaki tersebut kerana merendahkan maruah wanita berkenaan.

Seorang netizen menulis: “Dua wanita itu kelihatan sedih, hampir menangis. Ini jelas gangguan seksual.” – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN