Spinnerbait terbaik dilontarkan terus ke tengah-tengah kumpulan anak toman yang menimbul. Kemudian, ia dibiarkan tenggelam bebas, teknik ini dipanggil helicoptering. Jika induk anak-anak toman itu mahu menyerang, ia biasanya akan menyambar spinnerbait ketika sedang tenggelam. Jarang sekali ia menyambar ketika spinnerbait dikarau naik. DIY spinnerbait Saya telah membuat spinnerbait sendiri selama lebih 20 tahun. Pada mulanya, saya membuatnya kerana ia lebih murah berbanding yang siap dijual di kedai. Sering kali, spinnerbait di kedai tidak menepati reka bentuk yang saya mahu……