GAMBAR HIASAN

Apa yang dipohon, itu yang ditawarkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MENJEJAKKAN kaki ke menara gading merupakan satu langkah penting untuk setiap pelajar mengejar cita-cita yang diimpikan.

Namun di sebalik rasa gembira diterima masuk ke universiti, mungkin terselit juga rasa kecewa bagi sebahagian pelajar yang tidak memperoleh kursus pengajian pilihan utama.

Ada pelajar yang harus menerima kursus pengajian yang bukan pilihan utama dan perlu menerima hakikat bahawa laluan yang ditempuh untuk mengejar cita-cita tidak seperti yang diimpikan.

Tetapi itulah kehidupan, tidak semua mempunyai ‘tuah’ bahawa dia akan dapat sesuatu seperti yang diimpikan.

Malah, ada pelajar yang meluahkan rasa kekecewaan apabila tidak ditawarkan tempat untuk meneruskan pengajian dalam kursus pilihan utama masing-masing.

Segelintir pihak mendakwa, ada pelajar yang ditawarkan dengan kursus tidak laku atau kursus lelong di universiti.

Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Dr. Sufian Jusoh berkata, sebenarnya penawaran kursus di universiti termasuk di UKM sendiri semuanya melalui sistem kualiti.

Menurutnya, sistem kualiti ini adalah ditetapkan melalui Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan pihak dalaman.

“Sebenarnya untuk menawarkan sesuatu kursus melalui proses yang lama dan harus diluluskan oleh pihak Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

“Di UKM sendiri kita ada sistem suara akreditasi dan statusnya hanya diberikan oleh MQA termasuklah untuk beberapa universiti lain di negara ini,” katanya.

Tambahnya, mereka mematuhi kehendak MQA dan apa yang menjadi isu adalah apabila pelajar yang memohon kursus tertentu tetapi dia tidak dapat dan ditawarkan dengan kursus lain.

Sebenarnya, kursus yang ditawarkan itu sebenarnya adalah kursus yang dipohon oleh mereka sendiri di dalam sistem UPUOnline ketika memohon.

Sufian berkata, sebagai contoh pilihan pertama pelajar adalah bidang undang-undang, pilihan kedua perakaunan, pilihan ketiga sejarah dan beberapa pilihan lain diletakkan seterusnya.

“Jika seorang pelajar mendapat pilihan kelima dan bukan pilihan utama, itu bermakna kursus tersebut memang telah disenaraikan oleh mereka sendiri ketika memohon di UPUOnline,” jelasnya.

Tambahnya, ini yang menjadi isu apabila pelajar ditawarkan untuk kursus pilihan yang di bawah dan bukan pilihan utamanya dan mereka beranggapan ditawarkan kursus yang dilelong.

Sementara itu, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menegaskan proses permohonan kemasukan pelajar ke universiti awam melalui sistem UPUOnline kekal dilaksanakan secara telus dan sistematik dengan melibatkan prinsip meritokrasi tanpa sebarang campur tangan pihak luar.

Dalam konteks ini, kemasukan pelajar dibuat berasaskan prinsip meritokrasi dengan menyusun semua calon layak mengikut merit tertinggi hingga terendah, sekali gus memastikan peluang adil kepada setiap calon tanpa mengira latar belakang.

Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Prof. Datuk Dr. Azlinda Azman berkata, keputusan UPUOnline sebenarnya dijana menggunakan sistem sejak bertahun lamanya berdasarkan pemarkahan merit ditetapkan mengikut kursus atau program dipohon.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN