fbpx
PENGUSAHA bot penambang Taman Negara Kuala Tahan, Jerantut menyambut baik pemberian subsidi bahan api untuk mereka.

Bahan api bot lebih tinggi daripada kenderaan darat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JERANTUT – Pengusaha bot penambang Taman Negara Kuala Tahan dan Ulu Tembeling menarik nafas lega apabila kerajaan mempertimbangkan pemberian subsidi harga bahan api kepada mereka yang sekali gus dapat mengurangkan bebanan mereka.

Pemandu bot penambang Kuala Tahan, Jamizan Rashid, 47, berkata, usaha pemberian subsidi itu boleh meringankan beban pemilik bot penambang bagi jarak perjalanan jauh yang menggunakan bahan api banyak.

“Saya membawa pelancong dari Jeti Taman Negara ke Lata Berkoh melalui Sungai Tahan dengan harga sewa bot RM250 dan menggunakan bahan api hampir 10 liter sehala setiap hari terbeban jika banyak kali berulang-alik.

“Saya dan pengusaha lain amat mengharapkan pemberian subsidi bahan api yang dapat mengurangkan beban kami yang berdepan pelbagai cabaran setiap hari,” katanya di Kuala Tahan, di sini semalam.

Bagi pengusaha bot penambang Kampung Bantal, Ulu Tembeling, Rosli Zulkifi, 64, dia me­ngalu-alukan langkah pemberian subsidi bahan api yang mampu meringankan belanja pengangkutan di Sungai Tembeling.

“Saya terpaksa berbelanja lebih RM300 bagi perjalanan bot penambang dari Kampung Pagi ke Ulu Tembeling sejauh hampir 100 kilometer ikut laluan Sungai Tembeling berbanding kende­raan darat cuma antara RM20 hingga RM30 sahaja.

“Memang sesetengah orang tidak percaya khususnya kala­ngan pelancong apabila saya memberitahu penggunaan bahan api lebih tinggi berbanding kenderaan darat,” katanya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN