fbpx
Norlela memperoleh pendapatan empat angka selepas membuka kedai komputer di Felda Gugusan Jelai, Tampin.

Kemalangan ubah rezeki Norlela

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TAMPIN – Kemalangan yang dialami seorang wanita rupa­nya membawa tuah apabila dia kini bergelar usahawan membaiki komputer yang menjana pendapatan lumayan setiap bulan.

Norlela Jamil, 54, berkata, dia tidak menyangka pengajian bidang teknologi maklumat di sebuah universiti yang diambil pada 25 tahun lalu kini berguna untuknya mencari rezeki.

Ceritanya, dia kemalangan pada awal 1990an ketika membonceng motosikal bersama rakan untuk menguruskan pameran sempena konvokesyen sebelum nekad sambung pelajaran.

“Impak kemalangan saya tidak boleh berjalan dan perlu pakai lampin pakai buang selama tiga bulan. Lepas pulih, saya sambung belajar dalam bidang teknologi maklumat.

“Selepas habis belajar, saya kerja membaik pulih pelayar di bilik berhawa dingin selama enam tahun sebelum berhenti dan balik kampung pada 2003 di Felda Jelai 3,” katanya ketika ditemui di Felda Gugusan Jelai di sini.

Menurut Norlela, dia kemudian mengiklankan perkhidmatan baik pulih komputer dan perniagaannya semakin berkembang sehingga ke hari ini.

Tambahnya, ibunya, Kama­riam Jantan, 78, banyak mendorongnya untuk berjaya sehingga menjana pendapatan empat angka sebulan.

“Saya tambah pengetahuan melalui YouTube. Saya gembira kerana khidmat saya banyak membantu golongan memerlukan untuk mendapat akses kepada teknologi,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN