fbpx
Noor Helmy melihat sendiri alpaka yang dipamerkan di restoran mi segera sebelum premis itu dikenakan tindakan oleh MBMB.

‘Saya pencinta haiwan, tidak akan zalimi alpaka’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MELAKA – Pemilik restoran mi segera yang tular kerana mempamerkan haiwan eksotik alpaka menegaskan dirinya pencinta haiwan dan bukan zalim seperti didakwa pengguna media sosial.

Lelaki warga Singapura berusia 31 tahun itu berkata, dia memiliki sepasang alpaka diimport dari Australia bernilai RM43,000, namun hanya seekor jantan dinamakan Jenter dipamerkan di restorannya, manakala betina disimpan di rumah.

“Saya tahu ada yang marah kononnya saya menzalimi alpaka ini, sedangkan saya pencinta haiwan sama seperti orang lain bela kucing. Seekor pun harganya lebih RM20,000, tapi saya sanggup beli.

“Mungkin silap saya kerana mempamerkannya di kedai makan, selepas ini saya akan kemas semula permohonan ikut saluran undang-undang,” katanya.

Terdahulu, pemilik premis yang hanya mahu dikenali sebagai Ong dikenakan dua kompaun bernilai RM10,250 serta arahan tutup selama tujuh hari oleh Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB).

Operasi diketuai Datuk Bandar MBMB, Datuk Shadan Othman bersama Timbalan Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri, Datuk Mohd. Noor Helmy Abdul Halem.

Hasil pemeriksaan mendapati restoran itu mewujudkan hiburan ala mini zoo dengan memelihara dan mempamerkan 23 haiwan termasuk alpaka, kambing, itik, angsa, arnab serta ekor kucing, sekali gus melanggar syarat premis makanan.

Sebelum ini, perkongsian video seekor alpaka murung di sebuah kafe dipercayai di Melaka mencetuskan kecaman pengguna media sosial yang beranggapan haiwan itu sepatutnya ditempatkan di kawasan terbuka. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI