fbpx
Lubang dipercayai lokasi bayi ditanam hanya terletak beberapa kaki dari tembok tempat penduduk selalu berbual.

‘Saya bau bangkai, ingatkan kucing rupanya bayi’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

ALOR GAJAH – “Saya ada bau macam bangkai sekitar empat bulan lalu, ingatkan kucing mati tak sangka rupa-rupanya ada bayi ditanam di hadapan rumah itu,”.

Itu kongsi jiran yang tinggal berhampiran rumah empat sekeluarga yang direman semalam bagi membantu siasatan berhubung penemuan rangka bayi ditanam di hadapan kediaman mereka di Taman Seri Kelemak.

Empat sekeluarga yang ditahan adalah remaja perempuan, ibunya, kakak dan adik lelaki serta kekasihnya yang berusia antara 16 tahun hingga 40 tahun.

Katanya, keluarga itu tidak menunjukkan sebarang kelakuan yang pelik, malah mereka berjumpa dan berbual dengan jiran tetangga seperti biasa.

“Saya ada bau macam bangkai sekitar empat bulan lalu, tapi ingatkan kucing mati sebab memang ada kucing mati dalam longkang ketika itu.

“Kali terakhir saya berbual dengan emak suspek pada malam raya, sembang pasal raya macam biasa dan teman lelaki suspek pun kerap datang ke rumah, tapi masa itu kami tak syak apa-apa,” katanya ketika ditemui di pemberita di lokasi.

Tambahnya, dia yang mengenali ibu suspek sejak kecil tidak pernah menyangka kawasan yang sering menjadi tempat mereka berbual santai itu merupakan lokasi bayi ditanam.

“Memang kami selalu lepak di tembok depan rumah itu, borak dengan jiran-jiran termasuk keluarga suspek, tak sangka tempat tanam bayi itu hanya di sebelah tempat kami selalu duduk.

“Saya pun tak nampak anak perempuannya mengandung kerana tiada perubahan fizikal yang ketara,” ujarnya.

Katanya lagi, dia menyedari kehadiran pihak polis di lokasi itu kira-kira pukul 7 pagi semalam dan melihat suspek sekeluarga dibawa keluar polis dari kediaman mereka.

Terdahulu, dilaporkan rangka seorang bayi ditemukan di hadapan laman sebuah rumah di Kelemak di sini yang dipercayai ditanam oleh empat bulan lalu.

Susulan penemuan itu lima individu ditahan iaitu seorang remaja perempuan dipercayai suspek utama, ibunya, kakak, adik lelaki serta teman lelakinya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN