fbpx
Tangkap layar dari TikTok @nothabibi memaparkan siaran langsung kesesakan jalan di Cameron Highlands.

Gagah naik Cameron Highlands, 5 jam kereta tidak bergerak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Seorang wanita terpaksa menempuh kesesakan jalan raya selama lima jam dari Simpang Pulai menuju ke Cameron Highlands, hari ini.

Menerusi perkongsian siaran langsung di TikTok, @nothabibi bersama keluarga menunjukkan deretan panjang kenderaan menuju ke destinasi pelancongan popular setiap hujung minggu tersebut.

“Kami naik Cameron Highlands melalui Simpang Pulai, sudah lima jam kami hadap kesesakan jalan. Pemandu pun dah kepenatan.

“Terpaksa juga menghadap kesesakan jalan sebab kami dah tempah hotel,” katanya melalui siaran langsung TikTok.

Lebih mencuit hati apabila adik kepada pemilik akaun mengambilnya menggunakan motosikal yang disewa selepas tersekat dalam kesesakan jalan.

Menjengah ke ruangan komen, ramai komen berinteraksi dengan pemilik akaun sambil berkongsi pengalamannya, meninggalkan komen lucu dan simpati.

“Kereta Avanza hitam di hadapan akak, kereta bapa saya,” komen @Nurul.

“Kak, kalau macam ini gayanya, lebih baik turun kereta dan jalan kaki saja,” kata @Amier.

“Gerak dari pukul 3 pagi dari Kuantan, sampai 7 pagi nak elak kesesakan jalan,” komen @Kisahtanikami. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI