fbpx
R.PUVARASAN didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan memandu secara berbahaya sehingga menyebabkan kematian anak seorang anggota polis pada Ogos lalu. Foto oleh MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN/ KOSMO!

Penganggur didakwa pandu berbahaya sebabkan kematian anak polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEREMBAN – Seorang penganggur didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan memandu secara berbahaya sehingga menyebabkan kematian anak seorang anggota polis pada Ogos lalu.

Tertuduh, R. Puvarasan, 28, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nurul Saqinah Rosli.

Mengikut pertuduhan, tertuduh sebagai pemandu sebuah kereta jenis Mercedes-Benz telah memandu kenderaan itu dengan cara berbahaya kepada awam hingga menyebabkan kematian Che Wan Muhammad Aqif Mustaqim Che Faizal, 18.

Kesalahan itu dilakukan lebih kurang pukul 6.35 pagi di Jalan Temiang di sini pada 6 Ogos lalu.

Tertuduh telah melakukan satu kesalahan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) dan boleh dihukum di bawah seksyen dan akta sama

Jika sabit kesalahan, boleh dihukum penjara tidak kurang lima tahun dan maksimum 10 tahun dan denda tidak kurang RM 20,000 dan tidak lebih RM50,000.

Selain itu, tertuduh boleh hilang kelayakan daripada memegang atau mendapatkan lesen memandu tidak kurang dari lima tahun.

Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya, P.Rubini menawarkan jaminan RM20,000, namun peguam, P.S Tamil Arsoo yang mewakili tertuduh memohon jaminan minimum kerana anak guamnya tidak bekerja, manakala ibunya merupakan ibu tunggal.

Mahkamah membenarkan jaminan RM5,000 dengan seorang penjamin dan sebutan semula kes ditetapkan pada 6 November depan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN