fbpx
KIA mengagumi penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza dan mahu mengikut jejak langkahnya dalam dunia seni.

Kia mahu ikut jejak langkah Siti Nurhaliza

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

Biarpun masih baru dalam dunia seni, Nurkiasatina Abdul Khadir, 23, sudah menyimpan impian untuk bergelar penyanyi yang mampu menyentuh hati pendengar dengan karya-karya berjiwa.

Sejak kecil, Nurkiasatina atau lebih mesra disapa Kia terdedah kepada muzik, malah kenangan menonton filem popular Indonesia, My Heart lakonan Irwansyah dan Acha Septriasa ketika berusia lima tahun menjadi titik mula cintanya terhadap nyanyian.

Dalam sesi temu bual bersama Kosmo! Ahad, gadis ini berkongsi kisah awal pembabitannya dalam dunia nyanyian, idola serta impian masa hadapan.

KOSMO! AHAD: Kongsikan tentang diri anda?
Saya dikenali dengan gelaran Kiasegan kerana saya pernah tular membuat video berkaitan kereta Volkswagen Polo dan ketika itu saya menukar sebutan Volkswagen kepada ‘Volksegan’. Sejak itu gelaran Kiasegan jadi sebutan dalam kalangan pengikut media sosial saya.

Tahun 2018 menjadi titik permulaan apabila saya mula dikenali semasa masih bersekolah menengah. Di Instagram, saya membuat ‘cover’ lagu sambil bermain gitar sehingga pengikut meningkat 140,000.

Selepas tamat pengajian, saya mula aktif secara sepenuh masa membuat pelbagai video menarik di media sosial.

KIA mula minat menyanyi ketika berumur 10 tahun menerusi lagu tema filem My Heart lakonan Irwansyah dan Acha Septriasa.

Sejak bila Kia mula minat menyanyi?
Saya mula minat sejak kecil, sekitar usia lima tahun. Saya masih ingat waktu itu filem My Heart lakonan Irwansyah dan Acha Septriasa.

Setiap hari saya akan pasang cakera padat (CD) dan menyanyi lagu tema filem itu, dari situlah bermula rasa cinta pada muzik.

Saya juga sering membuat video nyanyian di TikTok sehingga menjadi tular. Ada sebuah syarikat rakaman menawarkan kepada saya merakam lagu. Namun, saya menolak kerana ketika itu saya masih melanjutkan pengajian di Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin dalam Diploma Pengajian Video dan Filem sewaktu tahun 2023.

Apa yang membuatkan Kia tertarik untuk mendalami dunia nyanyian?
Sejak kecil saya memang dikelilingi muzik disebabkan keluarga saya suka pasang lagu dan kemudian saya akan ikut menyanyi dan menghafal lirik.

Genre muzik apa yang pa­ling dekat di hati?
Saya paling sukakan pop ba­lada Indonesia kerana bagi saya genre ini sangat istimewa kerana setiap lagu mempunyai jiwa dan jalan cerita yang kuat.

Bagaimana dengan pengalaman menyertai pertandingan nyanyian?
Semasa kecil, saya pernah sertai uji bakat Ceria Popstar di Pulau Pinang, tetapi tidak berjaya.

Selain itu, saya juga aktif menyertai pertandingan nyanyian ketika di sekolah rendah dan menengah. Walaupun tidak menang besar, ia menjadi pengalaman berharga buat saya.

Siapakah idola serta impian Kia dalam dunia nyanyian?
Saya sangat mengagumi bi­duanita negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza. Bagi saya, beliau bukan sahaja hebat dalam bidang seni, tetapi juga mempunyai keperibadian yang menjadi contoh kepada ramai.

Saya menanam satu impian untuk menjadi seorang penyanyi yang mampu menyentuh hati pendengar.

Selain nyanyian, apakah bidang lain yang ingin diceburi?
Saya juga berminat dengan dunia lakonan, pencipta kandu­ngan dan perniagaan.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN