PUSPEN Kota Bharu dekat Pengkalan Chepa membantu seramai 102 klien untuk menjalani pemulihan dadah.

Tiada rekod dadah jika serah diri di Puspen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA BHARU – Golongan belia yang terjebak dengan penyalahgunaan dadah atau air ketum di Kelantan dinasihatkan untuk datang secara sukarela bagi menjalani pemulihan di Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (Puspen) Kota Bharu, Pengkalan Chepa dekat sini.

Pengarah Puspen Kota Bharu, Adzmiral Nawi berkata, ini ke­rana klien di puspen tidak akan mempunyai atau dicatatkan sebarang rekod jenayah selepas menjalani pemulihan selama tempoh setahun lebih di sini.

“Saya sering mengingatkan kepada golongan belia terjebak dengan dadah agar datang ke sini secara sukarela kerana mereka tidak akan mempunyai rekod jenayah selepas tamat pemulihan.

“Situasi itu berbeza sekiranya penagih dadah ditangkap polis dan dihadapkan ke mahkamah. Mereka akan disabitkan kesalahan sebelum dimasukkan ke penjara yang sudah tentunya akan ada rekod jenayah selepas tempoh tersebut,” katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Puspen Kota Bharu merupakan satu-satunya pusat pemulihan lelaki di Kelantan yang secara terbuka menerima klien yang berusia 13 hingga 25 tahun secara sukarela.

Menurutnya, setakat ini seramai 102 individu sedang menjalani pemulihan di Puspen Kota Bharu dengan klien paling muda di pusat itu berusia 15 tahun.

Katanya, belia yang terjebak dengan penyalahgunaan dadah tidak perlu takut untuk datang ke Puspen kerana kaedah dah modul pemulihannya tidak sama seperti pesalah di penjara.

Ujarnya, keluarga juga perlu memainkan peranan penting untuk memujuk atau membawa individu yang terjebak dadah ke Puspen bagi memulihkan mereka.

“Jangan takut hantar anak ke sini kerana kita ada sembilan modul melibatkan keagamaan, disiplin, psikopendidikan dan psikospiritual untuk membantu memulihkan klien,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN