Skip to content
kosmo logo 2025
Facebook Twitter Tiktok Instagram Youtube
  • Log Masuk
  • Langgan
Menu
  • Log Masuk
  • Langgan
  • TERKINI
  • NEGARA
    • ANALISIS SEMASA
    • KATA EDITOR
    • KATA SAYA
    • KOMUNITI
    • PESONA AHAD
  • DUNIA
  • HIBGLAM
  • SUKAN
  • HALAL NIAGA
    • SOKONG LOKAL
  • KAMPUS
  • TEKNO
  • REMAJA
  • WANITA
  • CITA RASA
  • PR NEWSWIRE
    • PR NEWSWIRE (BM)
    • PR NEWSWIRE (EN)
Menu
  • TERKINI
  • NEGARA
    • ANALISIS SEMASA
    • KATA EDITOR
    • KATA SAYA
    • KOMUNITI
    • PESONA AHAD
  • DUNIA
  • HIBGLAM
  • SUKAN
  • HALAL NIAGA
    • SOKONG LOKAL
  • KAMPUS
  • TEKNO
  • REMAJA
  • WANITA
  • CITA RASA
  • PR NEWSWIRE
    • PR NEWSWIRE (BM)
    • PR NEWSWIRE (EN)
Search
Close
  • TERKINI
  • NEGARA
    • ANALISIS SEMASA
    • KATA EDITOR
    • KATA SAYA
    • KOMUNITI
    • PESONA AHAD
  • DUNIA
  • HIBGLAM
  • SUKAN
  • HALAL NIAGA
    • SOKONG LOKAL
  • KAMPUS
  • TEKNO
  • REMAJA
  • WANITA
  • CITA RASA
  • PR NEWSWIRE
    • PR NEWSWIRE (BM)
    • PR NEWSWIRE (EN)
Menu
  • TERKINI
  • NEGARA
    • ANALISIS SEMASA
    • KATA EDITOR
    • KATA SAYA
    • KOMUNITI
    • PESONA AHAD
  • DUNIA
  • HIBGLAM
  • SUKAN
  • HALAL NIAGA
    • SOKONG LOKAL
  • KAMPUS
  • TEKNO
  • REMAJA
  • WANITA
  • CITA RASA
  • PR NEWSWIRE
    • PR NEWSWIRE (BM)
    • PR NEWSWIRE (EN)
Search
Close
  • LOG MASUK
  • LANGGAN
Wing Kee dan Wei Leong didakwa di Mahkamah Sesyen hari ini atas pertuduhan membekalkan 107 tayar celup pelbagai jenama dan saiz bagi tujuan pembekalan tanpa kelulusan oleh SIRIM di Mahkamah Sesyen Sepang di sini, hari ini. GAMBAR : FAISOL MUSTAFA

Negara

Syarikat, dua pengarah didakwa guna pelekat SIRIM palsu

  • Oleh KAMARIAH KHALIDI
  • 15 Ogos 2025, 11:47 am
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEPANG – Sebuah syarikat dan dua pengarahnya masing-masing didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menggunakan pelekat logo Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM) palsu pada 107 tayar celup, Februari lalu.

Syarikat Yik Woh Tyre Enterprise Sdn Bhd yang diwakili pengarah, Yip Wei Leong, 44, dan Yip Wing Kee, 70, selaku Orang Kena Saman (OKS), bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap ketiga-tiga pertuduhan itu selepas ia dibacakan di hadapan Hakim Ahmad Fuad Othman.

Mengikut pertuduhan yang dibaca secara berasingan, kedua-dua OKS yang juga bapa dan anak selaku pengarah dan Syarikat Yik Woh Tyre Enterprise Sdn Bhd didakwa membuat representasi palsu dengan menggunakan pelekat logo MS 224:2005 pada 107 unit tayar celup pelbagai jenama dan saiz bagi tujuan pembekalan tanpa kelulusan oleh SIRIM selaku pihak berwibawa.

Kesalahan itu dilakukan di premis syarikat di Meranti Jaya Industrial Park, Puchong kira-kira pukul 11.30 pagi, 13 Februari lalu.

Berikutan itu, syarikat tersebut didapati melakukan kesalahan di bawah Seksyen 21 Akta Perihal Dagangan 2011 [Akta 730] kerana melanggar Seksyen 16(1) akta sama dan boleh dihukum di bawah Seksyen 21 (a) akta yang sama, manakala Wei Leong dan Wing Kee selaku pengarah syarikat didakwa di bawah Seksyen 21 (b) akta sama.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Mohd. Hafizi Abdul Halim dan Pegawai Pendakwa KPDN, Nur Abyan Anuar manakala, kedua-dua OKS diwakili peguam Aaron Chang.

Mahkamah kemudian membenarkan jaminan RM10,000 bagi setiap seorang dengan seorang penjamin warganegara serta menetapkan 25 September depan untuk tarikh sebutan semula kes dan serahan dokumen.-KOSMO! ONLINE

Tags: logoMAHKAMAHpalsupengarahsirimsyarikattop
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

Pekerja KTMB maut motosikal bertembung MPV

27 November 2026, 4:49 pm

Seludup dadah guna aset TUDM: Pengkhianatan terhadap keselamatan negara

27 November 2026, 4:42 pm

PRN Sarawak: 721 borang penamaan terjual, 40 calon sudah bayar deposit

27 November 2026, 4:42 pm

Negara tidak akan miskin kerana bantu orang miskin – Anwar

27 November 2026, 4:25 pm

Anwar mahu Belanjawan 2027 dilaksana seawal 1 Januari depan

27 November 2026, 4:15 pm

Isu saman Google: YouTube culas, lambat tangani judi dalam talian

27 November 2026, 4:08 pm

MITI runding dengan AS isu buruh paksa, lambakan produk

27 November 2026, 4:02 pm

17 inisiatif keselamatan KDN, MOT diperluas kepada Mindef

27 November 2026, 3:56 pm

BERITA BERKAITAN

‘Kalau betul salah faham, saya minta maaf Uqasha’

27 November 2026, 3:44 pm

‘Kata Que dia punya’ – Tayang cincin tunang, Fazura hanya bergurau

27 November 2026, 3:29 pm

Jika ke luar negara, seeloknya ambik vaksin influenza, pneumokokal

27 November 2026, 2:35 pm

Prosiding pendakwaan Mubarak digantung, rujuk ke Mahkamah Tinggi

27 November 2026, 2:09 pm

Abang trauma, rasa bersalah dua adik meninggal dunia

27 November 2026, 2:05 pm

‘Kami panggil evil eye’ – Keith Foo percaya kebenaran penyakit ain

27 November 2026, 12:07 pm

Selepas 68 hari, enam Exco Negeri Sembilan angkat sumpah

27 November 2026, 12:06 pm

Tuanku Muhriz tegur Exco, jangan ulang kesilapan lalu

27 November 2026, 11:46 am
  • Terma dan Syarat
  • Polisi Editor
  • Senarai Kedai Akhbar
  • Hubungi Kami

Hak cipta terpelihara © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H)

×