fbpx
Sebahagian daripada enam pelajar yang ditahan reman bagi membantu siasatan dakwaan memukul dan membuli rakan asrama di Mahkamah Majistret Kemaman hari ini.

Enam pelajar sekolah agama direman disyaki buli ‘junior’ asrama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KEMAMAN – Seramai enam pelajar lelaki sebuah sekolah menengah agama bantuan kerajaan terkenal di daerah ini direman tiga hari sehingga lusa bagi membantu siasatan kes memukul dan membuli seorang pelajar ‘junior’ di dalam bilik asrama sekolah itu pada akhir bulan lalu.

Perintah reman tersebut dibenarkan Majistret Sharifah Amirda Shasha Amir Sharifuddin di Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintenden Mohd. Razi Rosli berkata, kesemua pelajar tingkatan empat itu didakwa telah memukul dan membuli seorang pelajar lelaki berusia 15 tahun.

“Pelajar tingkatan tiga tersebut mendakwa dipukul oleh kesemua suspek di dalam bilik asrama sekolah itu pada pukul 1.30 pagi, 30 Julai lalu.

“Dia mendakwa mengalami kecederaan ringan akibat perbuatan tersebut sebelum membuat laporan polis pada 3 Ogos lalu,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN