fbpx
Keadaan rumah seorang warga emas yang sangat daif di Kampung Tanjung Batu, Temerloh.

‘Kaki pernah terperosok, disengat lipan’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TEMERLOH – Bukan setakat lantai reput dan dinding berlubang, malah sebahagian bumbung juga hilang diterbang angin kencang.

Begitu keadaan rumah pusaka yang didiami seorang warga emas, Roslan Teh Deris, 57, dari Kampung Tanjung Batu di sini, sehingga terpaksa memasang khemah di dalam rumah untuk berteduh apabila hujan.

Anak saudaranya, Syahrul Badrul Sabarudin, 33, berkata, bapa saudaranya yang tidak pernah berkahwin tinggal bersendirian di rumah itu dan enggan berpindah walaupun sudah dipelawa ahli keluarga terdekat kerana lebih selesa menginap di situ.

Menurutnya, Roslan tidak bekerja kerana mempunyai masalah kesihatan, namun dia dan ahli keluarga sering membantu termasuk menyediakan makanan dan keperluan lain.

“Kakinya pernah terperosok di lantai yang reput, malah di­sengat lipan sebelum ini membuatkan kami risau dengan keselamatan dirinya,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Menurutnya, dia lega apabila Majlis Ugama dan Adat Resam Melayu Pahang (Muip) mahu membina rumah baharu buat Roslan.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Baitulmal dan Operasi) Muip, Dr. Asmadi Abdul Rahman berkata, keadaan rumah itu terlalu uzur untuk dibaik pulih dan lebih baik ia dibina baharu.

“Tanah tapak rumah yang didia­minya itu miliknya dan itu memudahkan urusan kami membina rumah baharu untuknya,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN