fbpx
Kesan lebam pada bahagian belakang badan mangsa dipercayai didera ketika dihantar ke sebuah pusat jagaan kanak-kanak di Nusa Sentral, Iskandar Puteri awal Januari lalu.

Doktor sahkan anak didera tetapi tiada tindakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JOHOR BAHRU – Seorang ibu kecewa apabila pelaku yang disyaki mendera bayi lelakinya ketika berusia sebulan lebih sehingga lebam pada badan tidak diambil tindakan undang-undang.

Nur Syaza Syamimi Ahmad, 28, berkata, meskipun telah membuat laporan di Balai Polis Central Johor Bahru sebelum diambil keterangan di Balai Polis Iskandar Puteri pada 19 Januari lalu, namun polis mengklasifikasi kan kes sebagai tiada tindakan lanjut (NFA).

Ujarnya, keputusan itu dilakukan selepas polis mendakwa tiada keterangan kukuh, tiada bukti untuk menyokong dan tiada ke­salahan jenayah.

“Saya hantar anak tunggal saya, Syakir Ali Mohamad Syazwin yang berusia sebulan lebih ke sebuah pusat jagaan kanak-kanak di Nusa Sentral, Iskandar Puteri awal tahun ini.

“Namun pada 17 Januari, pukul 12 tengah hari saya ambil anak dan bawa pulang ke kampung di Batu Kikir, Jempol, Negeri Sembilan sebelum perasan kecederaan ketika nak mandikan dia dalam pukul 7 petang,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Dia dan suami, Mohamad ­Syazwin Mohd. Zain, 29, pada mula­nya mengesyaki kesan warna pakaian hitam yang dipakai melekat pada badan.

Ujarnya, ketika memandikan anaknya, dia cuba mencuci kesan hitam pada badan bayinya, namun kesan merah makin ke­tara sebelum dirujuk ke sebuah klinik swasta di Batu Kikir pada 18 Januari lalu.

“Doktor memaklumkan kemungkinan bayi saya ada alahan kulit sebab gatal dan diberikan ubat sapu, namun saya masih tidak sedap hati apabila melihat kesan lebam makin ketara. Pada 19 Januari saya dan suami bergegas balik ke Johor Bahru dan rujuk kes itu ke Hospital Sultanah Aminah (HSA).

“Petugas kesihatan di unit kecemasan beritahu supaya kami buat laporan polis dahulu sebelum rawatan kes dera dilakukan. Saya buat laporan polis di Balai Polis Sentral, Johor Bahru.

“Selepas doktor buat pemeriksaan, mereka sahkan anak saya cedera disyaki dipukul dengan objek tumpul dan panjang dan kes dipindahkan ke Balai Polis Iskandar Puteri,” katanya.

Selepas lapan bulan menunggu dia menerima keputusan siasatan kes tersebut diklasifikasikan sebagai NFA kelmarin.

“Saya pelik kenapa tiada ke­salahan jenayah padahal laporan Hospital Sultanah Aminah (HSA) mengesahkan badan anak saya lebam akibat kesan dipukul atau jatuh atas objek panjang.

“Semua laporan perubatan saya ada, tetapi kenapa selepas hampir lapan bulan tunggu, ak­hirnya kes ditutup tiada tindakan lanjut ke atas mana-mana pihak yang menyebabkan anak saya didera?” soalnya.

Dakwanya, dia turut gagal mendapatkan rakaman televi­syen litar tertutup (CCTV) selepas pengurusan pusat jagaan memberi pelbagai alasan termasuk pada hari kejadian rakaman tiada dirakam kerana berlaku kerosakan akibat berlaku hujan lebat dan ribut petir.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN