fbpx
SEBAHAGIAN peserta yang menyertai bengkel penyelenggaraan motosikal sempena program MechCARe di Kampung Sahom, Kampar, Perak baru-baru ini.

PUO perkasa kemahiran TVET di Kampung Sahom

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KEMAHIRAN teknikal merupakan salah satu ilmu yang wajar dikuasai oleh seseorang individu terutamanya kaum lelaki.

Ini bagi membolehkan mereka menyelenggara atau membaiki sesuatu barangan yang mengalami kerosakan kecil.

Untuk tujuan itu, Politeknik Ungku Omar (PUO) mengambil inisiatif untuk menganjurkan program MechCARe di Dewan Komuniti Kampung Sahom, Kampar, Perak baru-baru ini.

Melalui program tersebut, penduduk kampung berpeluang menimba ilmu dan kemahiran teknikal secara praktikal.

Pengarah program tersebut, Dr. Nur Raihana Sukri berkata, program berbentuk bengkel teknikal itu memberi tumpuan kepada latihan penyelenggaraan peralatan dan kemudahan harian, khusus buat penduduk kampung termasuk masyarakat Orang Asli di situ.

Menurutnya, program anjuran Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, PUO itu mengetengahkan pendekatan pembelajaran servis yang merangkumi tiga bengkel teknikal iaitu bengkel penyelenggaraan pendingin hawa domestik, bengkel penyelenggaraan motosikal serta bengkel penyelenggaraan mesin rumput.

“Selain itu, satu aktiviti tanggungjawab sosial korporat (CSR) iaitu penyelenggaraan van jenazah Masjid Kampung Sahom turut diadakan.

“Bengkel teknikal ini direka berdasarkan keperluan sebenar masyarakat kampung.

“Kami buat bengkel untuk penduduk kampung kerana ramai mempunyai dusun dan inap desa yang menggunakan pendingin hawa,” katanya.

Tambahnya, melalui bengkel itu, peserta boleh belajar menyelenggara mesin rumput, pendingin hawa dan motosikal sendiri.

Sebahagian peserta mendengar taklimat mengenai penyelenggaraan pendingin hawa.

Program itu juga disertai seramai 30 orang pensyarah daripada Program Diploma Kejuruteraan Automotif (DAD) dan Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Penyamanan Udara dan Penyejukbekuan) atau DPU.

Selain itu, program tersebut bertujuan memberi pendedahan teori dan amali secara langsung kepada komuniti luar bandar agar mereka mampu melakukan penyelenggaraan asas sendiri, sekali gus berpeluang menjana pendapatan tambahan.

Nur Raihana menjelaskan, PUO MechCARe yang memasuki siri tahun ketiga membawa tema ‘Empowering Sahom Through TVET’.

Katanya, program itu menzahirkan peranan institusi Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) terutamanya politeknik dalam memperkasakan masyarakat di luar bandar melalui ilmu teknikal dan vokasional.

“Saya berterima kasih kepada warga Kampung Sahom yang bersemangat menimba ilmu terutamanya mereka yang mempunyai kelebihan dari segi pemilikan dusun dan kebun.

“Semoga ilmu penyelenggaraan yang dipelajari ini dapat digunakan bagi memudahkan urusan harian penduduk kampung,” jelasnya.

Selain para pensyarah, seorang alumni PUO, Mohd. Saifuddin Mohd Miskon yang kini bertugas di Jabatan Kerja Raya (JKR) Cawangan Kejuruteraan Mekanikal Ipoh turut hadir sebagai tenaga pengajar jemputan bagi memberi inspirasi kepada para peserta.

Majlis turut diserikan dengan kehadiran Ketua Jabatan Kejuruteraan Mekanikal PUO, Mohd. Saiful Saleh yang menyatakan komitmen PUO untuk terus menyumbang kepakaran teknikal kepada masyarakat luar bandar melalui platform TVET.

Menariknya, program itu mendapat kerjasama dan tajaan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tualang Sekah, Mohd. Azlan Helmi bagi ketiga-tiga bengkel utama serta syarikat Resq Asset Sdn. Bhd. untuk aktiviti penyelenggaraan van jenazah.

Sokongan padu daripada Ketua Kampung dan Tok Batin serta keterlibatan aktif para peserta telah menyemarakkan suasana program. Malah, ramai peserta menyuarakan rasa yakin terhadap keupayaan mereka se

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN