fbpx
Penduduk merayu kemudahan lampu jalan di laluan utama Felda Perasu yang digunakan penduduk untuk ke bandar Gua Musang.

‘Kami takut jumpa beruang di tengah jalan’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GUA MUSANG – Ketiadaaan lampu jalan di sepanjang laluan dari Rancangan Kemajuan Ta­nah (RKT) Kesedar Renok hingga Felda Perasu di sini me­nimbulkan pelbagai risiko keselamatan termasuk kemalangan lembu dan ancaman haiwan liar.

Jalan sepanjang enam kilo­meter itu sangat gelap dan berbahaya kepada pengguna pada waktu malam kerana tiada lampu jalan.

Ketua Peneroka Felda Pe­rasu, Che Mat Che Wil, 65, berkata, jalan itu merupakan laluan utama yang digunakan lebih 1,000 penduduk untuk keluar dan masuk sejak tanah rancangan tersebut dibuka lebih 40 tahun lalu.

Katanya, pihaknya sudah membuat permohonan pemasangan lampu jalan di laluan terbabit hujung tahun lalu.

“Saya harap permohonan itu dapat dipertimbang dan dipercepatkan. Laluan ini amat berbahaya bagi penduduk yang menggunakannya setiap hari untuk ke bandar Gua Musang. Waktu malam, keadaan sangat gelap dengan kiri dan kanan ladang sawit,” katanya ketika ditemui di Felda Perasu semalam.

Sementara itu, seorang peneroka, Saluma Hassan, 61, berkata, penduduk kerap bertembung dengan haiwan liar pada waktu malam, namun mereka tiada pilihan sekiranya mempunyai hal kecemasan.

“Menantu saya sudah beberapa kali terserempak dengan beruang dan gajah pada waktu malam. Saya harap jalan itu dapat diterangi dengan lampu jalan bagi menjamin keselamatan kami di sini,” katanya.

Seorang lagi peneroka, Che Rakiah Mamat, 66, membe­ritahu, lampu jalan merupakan keperluan masa kini memandangkan berlaku beberapa kes langgar lembu di laluan tersebut sebelum ini.

“Ada ibu tunggal yang terpaksa memandu sendirian pada waktu malam untuk mengambil anak atau melakukan urusan di bandar Gua Musang.

“Kami harap pihak berwajib dapat meluluskan permohonan pemasangan lampu jalan di Felda ini secepat mungkin,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN