fbpx
RAZAK dan Syahrulnizam menunjukkan tapak kubur lama yang lenyap akibat hakisan tebing Sungai Pahang di Jerantut semalam.

Satu demi satu kubur lenyap masuk Sungai Pahang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JERANTUT – Lebih 40 buah kubur lama di Kampung Gintong di sini yang dipercayai milik penduduk asal, pedagang, pendakwah serta pahlawan zaman silam lenyap satu demi satu di­hanyutkan arus deras Sungai Pahang sejak lebih lima dekad lalu.

Tapak perkuburan yang dianggarkan berusia lebih 150 tahun itu dikatakan mula rosak teruk selepas dilanda banjir besar pada 1970 sebelum runtuh ketika kejadian banjir saban tahun.

Seorang penduduk, Razak Daud, 65, berkata, lokasi tanah perkuburan itu pernah menjadi laluan hariannya ketika kecil yang dipenuhi dengan batu nisan unik bercirikan Islam.

“Dulu kawasan kubur itu jauh, lebih 50 meter daripada tebing sungai dan setiap hari saya lalu situ untuk ke sekolah.

“Ada batu nisan daripada batu sungai, ada ukiran ala Ace, semuanya lenyap sekarang,” katanya ketika ditemui di Kampung Gintong di sini semalam.

Razak berkata, kehilangan kubur lama itu sebenarnya membuktikan Kampung Gintong telah lama wujud, dipercayai sekitar penghujung abad ke-19 yang menjadi sebagai antara penempatan terawal di sepanjang laluan dagang Sungai Pahang.

Sementara itu, Ketua Kampung Gintong, Syahrulnizam Harun, 46, berkata, dia sendiri menyaksikan detik menyayat hati tanah perkuburan tersebut runtuh ke dalam sungai satu persatu.

“Saya masih ingat bunyi tanah runtuh waktu banjir 1986 kuat dentumannya. Arus deras telan pusara satu demi satu. Kami cuma mampu menangis tengok pusara nenek moyang hilang depan mata.

“Kini, ancaman hakisan semakin hampir kawasan kediaman, jarak antara tebing sungai dan jalan raya utama termasuk masjid serta kubur baharu hanya tinggal sekitar 15 hingga 20 meter sahaja,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN