fbpx

Penyertaan wanita sebagai pemimpin, jurulatih sukan masih rendah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hannah Yeoh (tengah) menghadiri ASEAN Conference on Gender Equity In Sports 2025 di George Town, hari ini.

GEORGE TOWN – Penyertaan wanita dalam peranan kepimpinan dan kejurulatihan sukan di rantau ASEAN masih berada pada tahap yang tidak memuaskan.

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata, data semasa menunjukkan wanita hanya mewakili kurang daripada 20 peratus jurulatih bertauliah di ASEAN, manakala sasaran minimum 30 peratus penglibatan wanita dalam kepimpinan badan sukan kebangsaan masih belum tercapai di kebanyakan negara serantau.

“Di seluruh Asia Tenggara, banyak badan sukan kebangsaan masih bergelut untuk mencapai sasaran 30 peratus penyertaan wanita dalam kepimpinan.

“Data menunjukkan bahawa wanita hanya mewakili kurang daripada 20 peratus jurulatih bertauliah di ASEAN dan bidang kejurulatihan masih didominasi oleh lelaki,”katanya ketika berucap merasmikan ASEAN Conference on Gender Equity In Sport 2025 di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Hannah berkata, situasi tersebut memerlukan satu pelan tindakan jelas dan berjadual bagi memastikan niat untuk memperkasa wanita dalam sukan diterjemah kepada pelaksanaan sebenar.

Tambahnya, kesaksamaan jantina dalam sukan bukan semata-mata tentang pingat malah ia berkisar kepada akses, pengiktirafan dan maruah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI