fbpx

8 orang tersingkir konsert pengenalan Raise The Star Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Konsert pengenalan Raise The Star Malaysia menyaksikan 8 daripada 30 peserta tersingkir malam tadi.

SHAH ALAM – Konsert pengenalan Raise The Star Malaysia menyaksikan 8 daripada 30 peserta tersingkir malam tadi.

Bersiaran dari Royal Theatre Shah Alam, Selangor peserta yang gagal menambat hati juri adalah Iqmal Romie, Azren Al Bakri, Bella, Aiman Hakim, Amir, Wanss Ahmad, Syahera dan Halida Ramlee.

Minggu pertama menyaksikan 30 peserta membuat persembahan secara duet, namun hanya 22 orang yang terpilih untuk mara ke minggu seterusnya.

Lima bintang terbaik pada minggu ini adalah Rayme, Zuana, Aril Eles, Pasya dan Zury.

Selain itu, turut mara ke peringkat selanjutnya termasuklah Bosswan, Erika Foo, Faysal Saad, Hariz Fayahet, Maria Effendi dan Scha Nuril.

Keputusan itu dibuat berdasarkan penilaian empat juri tetap iaitu Ajai, Audi Mok, Aina Abdul, Shila Amzah dan Ikhwan Fatanna yang merangkumi 80 peratus markah.

Manakala baki 20 peratus pula adalah hasil undian penonton menerusi laman web Gempak.com.

Minggu hadapan kesemua peserta akan mempamerkan keupayaan vokal masing-masing menerusi persembahan bertemakan ‘Siapa Aku’.

Minggu ini, penyanyi Shah Indrawan Ismail atau mesra disapa Tomok tampil sebagai juri jemputan.

Sherry Alhadad dan Alif Satar pula bertindak selaku hos selain Izzue Islam sebagai hos Live+.

Program pencarian bakat ini memberi peluang kepada penyanyi baharu dan pencipta kandungan muzik dalam media sosial menyerlahkan potensi diri dalam dalam bidang nyanyian.

Sepanjang program berlangsung, 30 peserta perlu mempamerkan kehebatan vokal dan bersaing meraih kedudukan teratas. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI