fbpx

KWC cungkil bakat wanita dalam dunia peragaan, fesyen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wendy Lam (dua dari kiri) bersama peserta dalam pentas akhir Program Pencarian Model KWC di Kuala Lumpur baru-baru ini.

KUALA LUMPUR – KWC Fa­shion Wholesale (KWC) kini semakin popular sebagai pusat sehenti yang berjaya melahirkan ramai bakat-bakat baharu dalam dunia peragaan serta fesyen sejak tahun 2018.

Melalui program Penca­rian Model KWC, pusat borong dan runcit fesyen pertama yang menawarkan segalanya di bawah satu bumbung, ia telah memperkasa bakat tersendiri wanita yang berminat dalam bidang peragaan dan fesyen yang turut memiliki kerjaya yang baik, graduan, pelajar dan juga suri rumah tangga.

Pengurus Pengiklanan dan Promosi KWC, Wendy Lam berkata, sejak tahun 2018, ribuan wanita telah melalui uji bakat dan latihan untuk membolehkan mereka menyerlahkan potensi diri, membina keyakinan dan me­langkah ke dunia fesyen serta hiburan.

“Pertandingan ini bukan sekadar mencari wajah yang menawan tetapi ia memberi peluang kepada peserta untuk mengasah kemahiran, membina personaliti dan menambah pengalaman melalui kelas dan latihan peragaan, pengacaraan serta bersedia di hadapan ka­mera,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis me­raikan juara Program Pencarian Model KWC tahu 2025 yang diadakan di sini baru-baru ini.

KWC telah bekerjasama dengan Raffael Models Agency, yang memainkan peranan penting dalam membimbing bakat-bakat baharu ini selain disokong oleh beberapa jenama popular yang terdapat dalam pusat borong tersebut.

Bagi pencarian tahun 2025, KWC telah menerima lebih daripada seratus penyertaan dalam talian sejak Setember lalu, untuk mendaftar dan ­menyertai pertandingan.

Kemudian hanya 30 peserta terpilih untuk menghadapi pelbagai cabaran sebelum dipilih untuk peringkat akhir.

Sebelum itu, kumpulan kecil tersebut perlu melalui pelbagai cabaran se­perti uji bakat, penggambaran, kempen tertentu dan latihan pengacaraan.

Kemudian hanya enam finalis terbaik berjaya mara ke pentas akhir.

Norsyaidah Nafisah Romli, 28, dinobatkan sebagai juara dengan menerima hadiah wang tunai RM3,000, manakala tempat kedua dimenangi oleh Nik Noor Nabihah Binti Mohd Aris, 25 dan Fara Qyistina Balqis Musa, 22. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI