fbpx

Punca kematian wanita warga emas di Pandan Indah masih dalam siasatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

AMPANG JAYA – Punca kematian seorang wanita warga emas yang ditemukan tidak bernyawa di ruang tamu sebuah rumah teres dua tingkat di Pandan Indah, pada Jumaat lalu, masih dalam siasatan dan diklasifikasikan sebagai ‘pending investigation’.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd. Azam Ismail berkata, hasil bedah siasat yang dijalankan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) semalam tidak menemui sebarang unsur jenayah pada tubuh mangsa.

“Polis menerima laporan daripada orang awam berhubung bau busuk dari rumah tersebut sekitar pukul 6.30 petang.

“Hasil pemeriksaan menemukan mayat wanita tempatan berusia 76 tahun dalam keadaan kembung dan mereput di ruang tamu rumah,” katanya dalam kenyataan.

Menurut Mohd. Azam, keadaan fizikal si mati menyukarkan pengesanan awal terhadap sebarang kecederaan.

“Namun hasil bedah siasat tidak menemui sebarang unsur jenayah. Punca kematian masih dalam siasatan dan kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR),” katanya.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan polis mengesahkan penemuan mayat wanita warga emas itu di sebuah rumah di Pandan Indah, Jumaat lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI