fbpx

Kotak hitam Air India ditemukan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR fail asap menjulang tinggi selepas pesawat Air India merempuh sebuah bangunan, Khamis lalu. - Foto AFP

NEW DELHI – Sebuah kotak hitam ditemukan di lokasi nahas pesawat Air India yang mengorbankan sekurang-kurangnya 290 orang di bandar Ahmedabad, lapor Perbadanan Penyiaran British (BBC) semalam.

Menteri Penerbangan Awam India, Ram Mohan Naidu Kinjarapu mengesahkan penemuan perakam data penerbangan itu yang ditemui dalam tempoh 28 jam oleh Biro Siasatan Kemalangan Pesawat India (AAIB).

“Penemuan kotak hitam menandakan langkah penting ke hadapan dalam siasatan (nahas), “ kata Kinjarapu.

Kelmarin , semua kecuali seorang daripada 242 orang yang menaiki pesawat Boeing 787 Dreamliner ke London, Britain dari lapangan terbang di Ahmedabad  itu terbunuh apabila ia terhempas di sebuah kawasan perumahan.

Penerbangan Air India 171 terhempas kurang 60 saat selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Sardar Vallabhbhai Patel pada pukul 13.39 petang (waktu tempatan).

Seorang pegawai memberitahu BBC bahawa sekurang-kurangnya lapan orang di darat turut terbunuh.

Pada kebiasaannya, pesawat penumpang memiliki dua kotak hitam berupa perakam data elektronik yang kecil.

Salah sebuahnya merekodkan data penerbangan, seperti ketinggian dan kelajuan. 

Perakam kedua merekodkan bunyi di dalam  kokpit untuk membolehkan pasukan penyiasat  mendengar suara juruterbang dan sebarang bunyi yang luar biasa.

AAIB mengetuai siasatan nahas itu dengan dibantu oleh pasukan dari Amerika Syarikat (AS) dan Britain. 

Pesawat Air India itu membawa 169 warga India, 53 rakyat Britain, tujuh dari Portugal dan seorang warganegara Kanada. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI