fbpx

Wakil masyarakat Cina dilantik mengikut merit, kelayakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHD. Hairi Mad Shah (kiri) bergambar bersama sebahagian peserta yang terlibat dalam Program Korban Perdana DUN Larkin di Masjid Taman Skudai Kanan, Johor Bahru hari ini.

JOHOR BAHRU – Pelantikan Jawatan Ketua Masyarakat Cina dan Kampung Baru bagi penggal 2025-2027 tidak seharusnya menjadi isu kerana individu dilantik berdasarkan merit dan kelayakan diperlukan.

Naib Ketua Pemuda UMNO, Mohd. Hairi Mad Shah, sehubungan itu berkata, wakil masyarakat Cina dilantik akan memberi khidmat terbaik kepada semua pihak, tanpa mengira ideologi politik masing-masing.

“Setiap calon telah melalui tapisan dan saringan, termasuklah temuduga selain diperiksa latar belakang mereka. Ini dibuat bagi membolehkan individu dilantik dapat berkhidmat sebaiknya.

“(Berhubung lantikan hanya melibatkan wakil MCA), Kerajaan Johor ditubuhkan sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) serta penubuhan kerajaan Perpaduan, jadi seharusnya perkara ini tidak timbul isu.

“DAP faham perkara itu walaupun mereka mempunyai bilangan kerusi lebih banyak berbanding PKR dan Amanah,” katanya ketika ditemui pada Program Ibadah Korban Perdana Dewan Undangan Negeri (DUN) Larkin, di Taman Skudai Kanan, di sini hari ini.

Mohd. Hairi yang juga Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri turut memberitahu, perkara itu tidak perlu dibangkitkan kerana akan menimbulkan kekeruhan dalam kerjasama parti-parti komponen kerajaan Perpaduan.

Baru-baru ini, Naib Ketua Cabang PKR Johor Bahru, Gerald Tang Mun Hon membangkitkan senarai pelantikan Ketua Masyarakat Cina dan Kampung Baru bagi penggal 2025-2027 yang tidak melibatkan wakil daripada Pakatan Harapan (PH).

Menurutnya, kesemua jawatan terbabit telah diserah sepenuhnya kepada MCA yang merupakan parti komponen BN. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI