Salman ketika ditemui di ladang tebu miliknya di Bagan Datuk semalam.

Lagi panas, lagi untung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BAGAN DATUK – Cuaca panas yang melanda negara pada masa ini memberikan rezeki berganda kepada pengusaha tanaman tebu di sini kerana mendapat permintaan tinggi daripada kalangan peniaga.

Seorang pengusaha ladang tebu, Salman Basri, 57, berkata, sebelum ini dia biasanya menjual sekitar 10 batang tebu disebabkan peniaga air tebu berdepan kesukaran untuk menjualnya.

Katanya, ketika musim panas ini, dia menjual antara 100 hingga 200 batang tebu pada harga RM1.50 sebatang kepada orang ramai terutamanya peniaga.

“Bukan itu sahaja, mereka (peniaga) juga mendakwa air tebu jualan mereka begitu laris ketika cuaca panas.

“Permintaan daripada pengguna ternyata lebih tinggi berban­ding pada bulan Ramadan,” katanya di sini semalam.

Salman berkata, dia yang turut berniaga air tebu di Jalan Bagan Pasir Laut di sini berkata, biasanya dia menggunakan 30 batang tebu sehari untuk menghasilkan minuman ber­kenaan.

Bagaimanapun, jumlah itu meningkat berlipat kali ganda ekoran permin­taan tinggi daripada orang ramai yang mahu membasah tekak, selain menyejukkan badan kerana cuaca panas.

“Saya bersyukur kerana rezeki dapat berlipat ganda ini semasa cuaca panas.

“Biarpun terpaksa berhadapan dengan suhu tinggi, namun kita sebagai peniaga telah biasa dengan keadaan itu sebelum ini.

“Apa yang penting ada permintaan daripada peniaga dan pengguna. Saya turut mendapat permintaan daripada pemilik kedai makan di sekitar kawasan ini,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN