Skip to content
kosmo logo 2025
Facebook Twitter Tiktok Instagram Youtube
  • Log Masuk
  • Langgan
Menu
  • Log Masuk
  • Langgan
  • TERKINI
  • NEGARA
    • ANALISIS SEMASA
    • KATA EDITOR
    • KATA SAYA
    • KOMUNITI
    • PESONA AHAD
  • DUNIA
  • HIBGLAM
  • SUKAN
  • HALAL NIAGA
    • SOKONG LOKAL
  • KAMPUS
  • TEKNO
  • REMAJA
  • WANITA
  • CITA RASA
  • PR NEWSWIRE
    • PR NEWSWIRE (BM)
    • PR NEWSWIRE (EN)
Menu
  • TERKINI
  • NEGARA
    • ANALISIS SEMASA
    • KATA EDITOR
    • KATA SAYA
    • KOMUNITI
    • PESONA AHAD
  • DUNIA
  • HIBGLAM
  • SUKAN
  • HALAL NIAGA
    • SOKONG LOKAL
  • KAMPUS
  • TEKNO
  • REMAJA
  • WANITA
  • CITA RASA
  • PR NEWSWIRE
    • PR NEWSWIRE (BM)
    • PR NEWSWIRE (EN)
Search
Close
  • TERKINI
  • NEGARA
    • ANALISIS SEMASA
    • KATA EDITOR
    • KATA SAYA
    • KOMUNITI
    • PESONA AHAD
  • DUNIA
  • HIBGLAM
  • SUKAN
  • HALAL NIAGA
    • SOKONG LOKAL
  • KAMPUS
  • TEKNO
  • REMAJA
  • WANITA
  • CITA RASA
  • PR NEWSWIRE
    • PR NEWSWIRE (BM)
    • PR NEWSWIRE (EN)
Menu
  • TERKINI
  • NEGARA
    • ANALISIS SEMASA
    • KATA EDITOR
    • KATA SAYA
    • KOMUNITI
    • PESONA AHAD
  • DUNIA
  • HIBGLAM
  • SUKAN
  • HALAL NIAGA
    • SOKONG LOKAL
  • KAMPUS
  • TEKNO
  • REMAJA
  • WANITA
  • CITA RASA
  • PR NEWSWIRE
    • PR NEWSWIRE (BM)
    • PR NEWSWIRE (EN)
Search
Close
  • LOG MASUK
  • LANGGAN
TANGKAP layar menunjukkan baju dan plak berlogo sambutan Jubli Perak Raja Perlis dibuang ke dalam longkang kerana tidak berpuas hati dengan penganjur.

Negara

Polis siasat lelaki campak trofi, baju berlogo Jubli Perak Raja Perlis ke longkang

  • Oleh SYED AZLAN SAYED HIZAR
  • 5 Jun 2025, 6:21 pm
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PADANG BESAR – Polis sedang menyiasat tindakan seorang lelaki mencampakkan trofi dan baju berlogo rasmi sambutan Jubli Perak Raja Perlis ke dalam longkang seperti yang tular di media sosial baru-baru ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Padang Besar, Superintendan Sarih Salleh berkata, pihaknya menerima laporan daripada Ahli Majlis Perbandaran Kangar berhubung kejadian itu pada pukul 2.17 petang tadi.

“Lelaki itu didapati memuat naik rakaman perbuatannya pada pukul 8 malam, 3 Jun lalu melalui platform media sosial miliknya.

“Video itu memaparkan suspek mencampakkan tiga buah trofi dan sehelai baju ke dalam longkang dipercayai kerana tidak puas hati dengan penganjur acara,” katanya kepada pemberita hari ini.

Menurut Sarih, barang-barang itu dipercayai merupakan hadiah buat pemenang pertandingan kereta berhias sempena Perlis Perodua Day yang berlangsung di Stadium Kangar dari 29 Mei hingga 1 Jun lalu.

“Pihak kami memandang serius perbuatan itu kerana trofi dan baju tersebut mengandungi logo rasmi sambutan Jubli Perak Raja Perlis. Tindakan itu disifatkan sebagai biadab dan tidak sopan terhadap institusi diraja negeri ini,” katanya.

Menurut beliau, siasatan bagaimanapun mendapati suspek sudah memadam video itu dan membuat permohonan maaf secara terbuka sebelum laporan polis dibuat.

“Suspek mendakwa dia bertindak demikian kerana tidak berpuas hati dengan pertukaran rekaan baju yang diwajibkan penganjur selain mendakwa semua trofi adalah seragam untuk setiap pemenang,” ujarnya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana dengan niat mengaib dan menyalahgunakan kemudahan rangkaian. – KOSMO! ONLINE

Tags: bajuberlogocampakJubli PeraklelakilongkangPOLISraja perlissiasattrofi
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

Warga emas maut disengat tebuan

25 November 2026, 7:00 pm

Padah ugut tumbuk muka, lelaki didenda RM5,500

25 November 2026, 6:47 pm

Bersatu tidak sertai PRN Sarawak

25 November 2026, 6:44 pm

Harga RON95, diesel tanpa subsidi turun 25 sen seliter esok

25 November 2026, 6:40 pm

Syed Modi: Zii Jia lulus ‘ujian’ pertama

25 November 2026, 6:31 pm

‘Kembali kejar bayang’ Sembilu 2.0 bakal gegar Stadium Merdeka

25 November 2026, 6:05 pm

11 hari tersesat dalam hutan Amazon, warga emas ditemui selamat

25 November 2026, 6:00 pm

137 saman kepada pelajar, 26 motosikal disita

25 November 2026, 5:59 pm

BERITA BERKAITAN

Padah ugut tumbuk muka, lelaki didenda RM5,500

25 November 2026, 6:47 pm

[VIDEO] Lelaki curi kereta di PPR Sri Cempaka miliki 39 rekod jenayah

25 November 2026, 2:11 pm

Penemuan naskhah al-Quran, buku agama di tepi jalan disiasat

25 November 2026, 11:51 am

Tiga ditahan kes tumbuk, siku warga emas

24 November 2026, 10:17 pm

Lelaki ditemukan mati akibat kecederaan objek tumpul di kepala

24 November 2026, 8:59 pm

Lorna, Olivia, Farha hilang di Sabah

24 November 2026, 8:47 pm

Isu ‘gesel’ Puteri Balqis: 25 saksi lagi akan dipanggil

24 November 2026, 5:26 pm

Geng pecah rumah guna bateri buka pagar automatik

24 November 2026, 1:57 pm
  • Terma dan Syarat
  • Polisi Editor
  • Senarai Kedai Akhbar
  • Hubungi Kami

Hak cipta terpelihara © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H)

×