PETALING JAYA – Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Rafizi Ramli dikhabarkan gagal mempertahankan kerusi disandangnya dalam pemilihan parti kali ini.
Menurut keputusan tidak rasmi, Menteri Ekonomi itu dikalahkan dengan majoriti yang cukup besar oleh lawannya yang juga anak kepada Perdana Menteri, Nurul Izzah Anwar.
Sumber dalaman berkata, setakat ini keputusan memang telah menyebelahi kem lawan dan Rafizi dikatakan telah tewas.
“Apa pun tunggu keputusan malam ini, majoriti kalah agak besar,” jelas sumber tersebut kepada Kosmo! sebentar tadi. – KOSMO! ONLINE.