fbpx

Lelaki didakwa selepas 15 tahun jual VCD lucah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tertuduh diiringi anggota polis ketika dihadapkan di Mahkamah Majistret Ayer Keroh atas pertuduhan menjual VCD lucah dan cetak rompak, 15 tahun lalu. - Foto oleh ARIF HAMIZAN MISKON

MELAKA – Selepas 15 tahun, seorang penganggur akhirnya dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menjual video cakera padat (VCD) lucah dan filem cetak rompak

Tertuduh, Muhammad Fauzy Abdullah, 42, bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan yang dihadapinya di hadapan Majistret Nur Afiqah Radhiah Zainurin.

Berdasarkan kertas pertuduhan, lelaki itu didakwa menjual 37 keping VCD lucah pelbagai tajuk di sebuah rumah bernombor di Taman Desa Taming Sari, Sungai Udang di sini pada pukul 5.10 petang, 2 September 2010.

Timbalan Pendakwa Raya, Hanis Aliah Ahmad Kamarulnajuib memohon tarikh untuk sebutan semula kes dan mencadangkan tertuduh diikat jamin RM6,000 bagi setiap pertuduhan.

Peguam Anasuha Atiqah Mat Saidi merayu jaminan sebanyak RM5,000 bagi kedua-dua pertuduhan dengan alasan anak guamnya tidak bekerja dan menanggung isteri serta dua anak yang masih kecil.

Katanya, tertuduh hanya menyedari mempunyai kes tertunggak selepas memohon visa. Anak guamnya itu juga tidak mempunyai rekod lampau.

Mahkamah membenarkan tertuduh dijamin RM7,000 bagi kedua-dua pertuduhan itu dan menetapkan tarikh 30 Jun ini untuk sebutan semula kes. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI