fbpx

EPL: United nekad ‘lelong’ tiga bintang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANTONY membuktikan kualitinya bersama Betis, namun United tidak bersedia untuk menerima kepulangannya semula. - AFP

MANCHESTER – Naib juara Liga Europa, Manchester United meletakkan keutamaan untuk melepaskan khidmat trio serangan mereka pada jendela perpindahan musim panas kali ini sebagai langkah awal rombakan pasukan.

Marcus Rashford, Jadon Sancho dan Antony yang kini dalam status pemain pinjaman mungkin tidak akan pulang ke Old Trafford selepas tempoh berkenaan berakhir apabila mereka hampir pasti tidak berada dalam perancangan pasukan untuk musim depan.

United sudah meletakkan tanda harga untuk ketiga-tiga pemain berkenaan apabila Rashford boleh ditandatangani pada harga £40 juta (RM228.95 juta), Antony £32.5 juta (RM186.02 juta), manakala Sancho akan dilepaskan dengan nilai £25 juta (RM143.09 juta).

Sancho hanya memiliki kontrak sehingga penghujung musim depan, manakala Antony sehingga Jun 2027 dan Rashford memiliki baki kontrak aktif untuk tempoh tiga tahun lagi sehingga 2028.

Rashford berjaya mempamerkan aksi cemerlang bersama pasukan pinjamannya, Aston Villa, namun dia dilaporkan tidak begitu berminat untuk menyertai kelab tersebut secara kekal dan menyatakan hasrat untuk bersama Barcelona.

Sementara itu, Antony pula berjaya menghidupkan semula kariernya di Real Betis dengan aksi berkualiti, namun pasukan dari Sepanyol itu belum menyatakan minat secara jelas untuk mendapatkannya secara kekal.

Situasi Sancho sedikit berbeza apabila United mungkin bakal menerima pampasan sebanyak £5 juta (RM28.61 juta) sekiranya Chelsea enggan meneruskan minat mereka mendapatkan pemain itu secara kekal apabila pilihan pembelian secara tetap sudah termaktub di dalam perjanjian pinjaman sebelum ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI