fbpx
Gopi Rizqi yang sebelum ini pernah tular kerana berniaga air balang kini terlibat dalam pembuatan popia cabonara ayam dan daging di rumahnya di Kampung Api-Api, Pontian.

Bekas pemain bola sepak kebangsaan jual popia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PONTIAN – Selepas menjual air balang pada bulan Ramadan lalu, bekas pemain bola sepak kebangsaan, Mohammad Gopi Rizqi, 36, kini mencari pendapatan tambahan dengan menjual popia carbonara.

Mohamad Gopi, berkata, dia membantu isterinya, Siti Norhidayah Roslan, 38, yang sebelum ini menjual kuih itu secara dalam talian.

Katanya, ada tiga jenis popia carbonara yang dijual iaitu carbonara ayam, daging dan campuran yang kini dipasarkan di sekitar Johor Bahru dan Pontian.

“Sekarang saya juga bermain Liga Johor bersama Vigor FC dengan posisi sayap. Alhamdulillah syukur, rezeki masih juga ada dalam sukan bola sepak, saya dilamar kelab bola sepak Vigor FC selepas isu viral saya jual air balang.

“Pihak pengurusan Vigor FC menghubungi saya menawarkan untuk bermain bola dalam liga amatur Liga Johor. Bolehlah dibayar dengan gaji mencukupi, lepaslah nak bayar komitmen yang ada,” katanya ketika di hubungi di sini.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan isu tunggakan gaji bersama sebuah pasukan kelab bola sepak di ibu kota menyebabkan Gopi terpaksa menjual air ba­lang pada bulan Ramadan lalu.

Bekas pemain Sri Pahang FC itu berkata, dia beberapa kali telah dijemput untuk membantu pasukan bola sepak sekolah rendah bagi menghadapi pertandingan bawah umur 12 tahun.

“Saya mempunyai lesen kejurulatihan kelas D dan jika diberikan peluang, mahu berkongsi pengalaman dengan murid sekolah atau sesiapa sahaja,” kata­nya.

Mohammad Gopi pernah me­nyarung jersi Sri Pahang FC dari tahun 2010-2015, Sela­ngor (2016), Johor Darul Takzim (2017-2018), Melaka United (2018), Polis DiRaja Malaysia (2019) dan kembali semula ke Pahang pada tahun 2020.

Kali terakhir Mohamad Gopi bermain pada posisi pemain sayap dengan pasukan Kuala Lumpur Rovers (KL Rovers) dari tahun 2023 hingga 2024.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN