fbpx

Kanak-kanak maut jatuh tingkat 29 rumah pengasuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SUBANG JAYA – Seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun maut selepas terjatuh dari tingkat 29 sebuah kondominium di Taman Pinggiran Prima, Puchong, di sini semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Superintendan Mohd. Fairus Jaafar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 12.30 tengah hari.

Menurutnya, siasatan awal mendapati kejadian berlaku di rumah pengasuh yang mana mangsa dipercayai berada berhampiran tingkap sebelum terjatuh.

“Terdapat kerusi di tepi tingkap. Mangsa disyaki terjatuh semasa berdiri dan melihat ke arah luar.

“Kanak-kanak itu ditemukan dalam keadaan terlentang di atas lantai tingkat lima bangunan tersebut dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd. Fairus berkata, setakat ini, tiada unsur jenayah dikenal pasti dan kes disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak.

“Keterangan pengasuh telah dirakam bagi membantu siasatan. Kertas siasatan akan dilengkapkan dengan kadar segera dan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk arahan lanjut,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI