fbpx

Tiga diberkas, polis rampas serbuk ekstasi, aset RM300,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SERBUK ekstasi bernilai RM12,000 yang disita polis dalam serbuan di sebuah pangsapuri di Melaka, manakala tiga suspek ditahan untuk siasatan kes tersebut.

MELAKA – Tiga individu termasuk dua wanita diberkas polis selepas disyaki terlibat dalam sindiket pengedaran dadah jenis MDMA (serbuk ekstasi), Rabu lalu.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, kesemua suspek berusia dalam lingkungan 22 tahun hingga 36 tahun itu diberkas dalam serbuan di sebuah pangsapuri di Melaka Raya.

“Seorang lelaki tempatan dan dua wanita warga Vietnam ditahan pasukan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik selepas disyaki mengedar serbuk ekstasi untuk pasaran tempatan.

“Pemeriksaan dilakukan di premis menjumpai bahan terlarang itu yang seberat 876.20 gram dan dianggarkan bernilai RM12,000,”katanya kepada pemberita, hari ini.

Tambahnya, bekalan tersebut dipercayai boleh menampung kegunaan 3,000 penagih.

Mengulas lanjut beliau berkata, pihaknya turut menyita harta milik kesemua suspek yang dianggarkan bernilai RM295,547.

“Kita merampas sebanyak 38 item barang kemas pelbagai jenis, dua utas jam tangan, sebuah kereta jenis Honda Civic dan wang tunai RM3,500. Jumlah keseluruhan sitaan dianggarkan RM307,547.

“Hasil ujian saringan air kencing dilakukan ke atas kesemua suspek mendapati mereka positif dadah jenis ketamin dan semakan rekod mendapati seorang daripadanya mempunyai tiga kes rekod lampau jenayah,” ujarnya.

Katanya, kesemua suspek kini direman selama tujuh hari sehingga 21 Mei ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI