fbpx

Budak 2 tahun selamat selepas terjatuh tingkat 15 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar menunjukkan pangsapuri yang diduduki mangsa di Maryland, AS kelmarin. - WJLA

MONTGOMERY, MARYLAND – Seorang kanak-kanak lelaki berumur dua tahun terselamat walaupun terjatuh dari tingkat 15 sebuah pangsapuri di negeri Maryland, lapor saluran berita ABC news. 

Kejadian berlaku di White Oak dalam daerah Montgomery kelmarin. 

Jurucakap Polis Montgomery, Shiera Goff berkata, kanak-kanak itu terjatuh dari balkoni rumahnya yang hanya mempunyai penghadang kaca dan tidak berpagar.

“Ahli keluarga kanak-kanak itu berada di dalam apartmen semasa kejadian,” kata Goff. 

Mangsa mengalami kecederaan ‘traumatik’ dan dibawa ke hospital berdekatan oleh ibu bapanya, demikian menurut Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat Montgomery County.

“Kanak-kanak itu jatuh di kawasan semak sekali gus mengurangkan hentakan,” kata Ketua Pembantu Bomba dan Penyelamat, David Pazos. Beliau menyifatkan kejadian itu satu keajaiban. 

“Umur, saiz serta berat badan mangsa turut membantu. Jika berat, dia berkemungkinan tidak akan terselamat. 

“Keadaan semasa kanak-kanak itu masih tidak jelas,” tambah Goff.

Polis sedang menjalankan siasatan untuk mengenal pasti punca kejadian. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI