fbpx
Mayat Aqil dibawa naik ke tebing Sungai Felda Teloi Kanan, Kuala Ketil di Baling semalam.

Jasad timbul ketika laungan azan zuhur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BALING – Jasad seorang remaja, Muhammad Aqil Fitri Hishamudin, 12, yang lemas di Sungai Felda Teloi Kanan, Kuala Ketil di sini kelmarin, timbul ketika azan zuhur dilaungkan semalam.

Bapa saudara mangsa, Muhammad Anuar Ibrahim, 32, berkata, mayat anak saudaranya itu ditemukan semasa laungan azan zuhur dari masjid berdekatan.

“Alhamdulillah, tiba-tiba sahaja jasad Aqil timbul ketika azan zuhur. Orang kampung yang nampak jasad Aqil terus memaklumkan kepada pasukan bomba,” katanya.

Jasad Muhammad Aqil dijumpai pada pukul 1.31 te­ngah hari dalam keadaan terapung pada jarak kira-kira 700 meter dari lokasi mangsa lemas selepas mandi bersama rakan-rakannya petang kelmarin.

Sementara itu, ibu mangsa, Nur Amalina Ibrahim, 37, berkata, dia tidak dapat menahan kesedihan apabila melihat anak bongsu daripada dua beradik itu sudah tidak lagi bernyawa.

Katanya, meskipun reda de­ngan kejadian itu, dia tetap tidak dapat menahan kesedihan.

“Namun saya bersyukur kera­na jasad anak berjaya ditemukan dalam tempoh 24 jam selepas kejadian,” katanya.

AQIL

Rakan mangsa, Putera Muhamad Faris Fadli, 12, berkata, kejadian berlaku ketika dia dan lapan rakan termasuk Aqil dalam perjalanan pulang dari Sekolah Kebangsaan (SK) Teloi Kanan.

“Kami singgah mandi di su­ngai itu kira-kira pukul 1.45 te­ngah hari sebelum ke sekolah untuk latihan bola sepak pada pukul 4 petang.

“Kami tidak sangka Aqil lemas, saya hanya nampak perge­langan tangan Aqil terkapai-kapai dan menjerit meminta tolong sebelum tenggelam,” ujarnya.

Katanya, kejadian itu menyebabkan dia tidak dapat melelapkan mata kerana masih teri­ngatkan jeritan Aqil yang meminta tolong sebelum tenggelam di dalam sungai.

“Sampai sekarang saya masih dengar suaranya menjerit meminta tolong, tetapi kami tidak mampu menolongnya,” ujarnya.

Seorang lagi rakannya, Muhammad Akid Muhammad Fahmi, 12, berkata, apabila melihat mangsa terkapai-kapai, dia memang­gil nama Aqil berulang kali dan cuba menarik tangannya, tetapi gagal.

“Kami terus naik ke tebing sungai dan pulang ke rumah untuk memaklumkan kejadian itu kepada keluarga,” katanya.

Menurutnya, mereka mandi di situ kerana kawasan tepi sungai agak cetek, namun tidak me­nyangka terdapat tempat yang dalam serta arus deras, menyebabkan mang­sa yang tidak pandai berenang tenggelam.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN