fbpx

Malaysia perlu teroka industri halal di negara ASEAN -Zahid Hamidi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Zahid (empat dari kiri) hadir pelancaran Majlis Pembangunan Industri Halal Pulau Pinang di Seberang Jaya, petang ini.

SEBERANG PERAI – Malaysia perlu mengambil peluang kepengerusiannya dalam ASEAN tahun ini untuk meneroka dan meluaskan pasaran industri halal ke seluruh negara anggota serantau.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, walaupun produk halal dari Indonesia dan Thailand berjaya menembusi pasaran Malaysia, produk tempatan masih berdepan cabaran untuk menembusi pasaran negara jiran disebabkan usaha pemasaran yang belum cukup kukuh.

”Beberapa negara ASEAN yang mengiktiraf logo halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) memberi laluan kepada produk Malaysia, tetapi sebahagian besar pasaran masih belum diterokai secara menyeluruh.

”Oleh kerana 600 juta (penduduk di ASEAN) merupakan satu pasaran yang relatifnya besar untuk produk-produk halal Malaysia dipasarkan, maka pelbagai langkah sedang diambil termasuk usaha oleh Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) memperluas pasaran halal Malaysia di rantau ASEAN,” katanya selepas menghadiri pelancaran Majlis Pembangunan Industri Halal Pulau Pinang di sini hari ini.

Ahmad Zahid berkata, selain makanan dan minuman (F&B), sektor-sektor lain seperti perubatan, kosmetik dan farmaseutikal mempunyai potensi besar dan perlu diteroka secara lebih agresif.

”Sebagi contoh, hanya terdapat satu pengeluar gelatin halal di Malaysia ketika ini, dan usaha sedang digiatkan untuk mengembangkan pengeluaran gelatin halal ke pasaran ASEAN dan antarabangsa.

”Usaha ini diketuai oleh Halal Development Corporation (HDC) yang diletakkan di bawah Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), dengan koordinasi bersama Matrade dan kerajaan-kerajaan negeri,” katanya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI