fbpx

Malaysia enggan terlepas tiket final

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SHAHALRIL membuat libasan ketika Malaysia menentang China dalam aksi pertama acara kuadran di Stadium Titiwangsa kelmarin. - SYAKIR RADIN

SKUAD kuadran sepak takraw negara tidak gentar berdepan mana-mana lawan sama ada Korea Selatan atau Vietnam dalam aksi separuh akhir Piala Asia 2025 di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur hari ini.

Biarpun Vietnam pernah menundukkan Malaysia 2-0 (15-12, 15-5) pada Piala Dunia di Bihar, India awal tahun ini, ketua jurulatih negara, Mohammad Zulkarnain Mohamed Arif yakin anak-anak buahnya lebih bersedia kali ini.

Menurutnya, pasukannya akan melakukan penilaian selepas berakhir semua perlawanan peringkat kumpulan dalam melakukan persiapan ke separuh akhir.

“Kita tak kisah jumpa siapa pun, yang penting fokus kepada persiapan sendiri. Kami tahu kelebihan dan kelemahan lawan berdasarkan pengalaman lalu dan akan gunakan itu sebaiknya,” katanya selepas melakar kemenangan 2-1 ke atas Filipina malam kelmarin.

Menurut beliau, pasukannya sudah melakukan kajian awal dengan memantau aksi antara Korea Selatan dan Vietnam sebelum membuat perincian taktikal.

“Vietnam dah pernah jumpa, kita tahu kehebatan mereka. Korea pula tahun ini kita belum saksikan permainan mereka, jadi tunggu aksi lawan itu sebelum buat analisis lanjut,

“Apapun, kemenangan ke atas Filipina adalah satu aksi permainan yang kita perlukan untuk menilai tahap sebenar skuad. Saya harap mereka dapat lakukan lebih baik selepas ini,” katanya.

Kemenangan di separuh akhir akan membolehkan skuad kuadran negara diwakili Afifuddin Razali, Amirul Zazwan Amir, Norfaizzul Abd. Razak dan Shahalril Aiman Halim mencipta sejarah mara ke final yang juga akan berlangsung hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI