fbpx

Hati, perasaan orang Islam perlu bersama Pakistan – Mufti Perlis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Asri berkata, hati dan perasaan orang Islam juga hendaklah bersama dengan Pakistan kerana rakyat Pakistan adalah muslim.

PETALING JAYA – Negara-negara Islam perlu berpendirian bersama dengan Pakistan dalam ketegangan antara negara tersebut dengan India.

Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin berkata, hati dan perasaan orang Islam juga hendaklah bersama dengan Pakistan kerana rakyat Pakistan adalah muslim.

“Pakistan negara orang Islam. Orang Islam adalah saudara orang Islam,” katanya menerusi satu rakaman video di muat naik di akaun Facebook Dr MAZA Channel hari ini.

Terdahulu, Mohd. Asri berkata, walau apa alasan geopolitik diberikan kepada ketegangan yang berlaku, wilayah Kashmir adalah wilayah umat Islam.

Menurut beliau, wilayah itu yang cuba dikuasai oleh negara India dan sebahagiannya telah pun diambil oleh India.

“Pakistan adalah negara orang Islam dan India negara yang anti Islam, yang menindas orang Islam di dalamnya, yang menzalimi dan memusuhi orang-orang Islam di dalamnya.

“Apa pun yang berlaku, walau apa alasan cuba diberikan oleh ahli pengkaji politik dan sikap mereka yang memimpin kedua-dua negara ini, ia tidak boleh lari daripada latar agama.

“Permusuhan ini adalah permusuhan yang ada kaitan dengan agama,” katanya. – KOSMO ONLINE!

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI