fbpx

Arkitek Stadium Shah Alam terima Profesor Emeritus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zarinah menyampaikan anugerah Profesor Emeritus kepada Hijjas pada Istiadat Konvokesyen UiTM ke-101, hari ini. - Foto oleh AFIQ RAZALI

SHAH ALAM – Arkitek yang sebelum ini mereka bentuk Stadium Shah Alam, Hijjas Kasturi dianugerahkan Profesor Emeritus daripada Universiti Teknologi Mara (UiTM), hari ini.

Penganugerahan kepada Bapa Seni Bina Negara itu disampaikan Pro Canselor Universiti Teknologi MARA (UiTM) , Tan Sri Zarinah Anwar pada Istiadat Konvokesyen UiTM ke-101.

Sumbangan Hijjas kepada UiTM adalah beliau merupakan pengasas dan ketua pengajian pertama Fakulti Seni Bina Perancangan dan Ukur (FSPU) yang dahulunya dikenali sebagai School of Art and Architecture pada tahun 1967.

Menurut Hijjas, 79, penganugerahan itu merupakan pengiktirafan terbesar sepanjang hidupnya yang bergelumang dalam industri seni bina sejak lebih 50 tahun.

“Saya sudah mengecapi banyak anugerah dari dalam dan luar negara tetapi ini yang paling bermakna dalam hidup. Jiwa masih bersama UiTM kerana universiti ini memberikan ilmu pertama kepada saya sehingga berjaya kini,” katanya ketika ditemui selepas penganugerahan di Dewan Agung Tuanku Canselor UiTM Shah Alam, hari ini.

Kata pemilik firma Hijjas Kasturi Associates itu, beliau akan terus memberikan sumbangan kepada UiTM dan negara selagi diperlukan khidmatnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI