fbpx
BELLA lebih yakin pakai kasut tumit tinggi dan suka lelaki penyayang serta menjaga penampilan.

Bella tunggu peluang jadi pereka grafik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

Pesona Ahad minggu ini menampilkan gadis manis, Syahirah Nabilah Shaiful Azhar, 22, yang sangat tertarik dengan dengan dunia visual, rekaan dan estetika sehingga memilih bidang rekaan grafik sebagai kerjaya.

Kepada Kosmo! Ahad, lepasan Diploma Reka Bentuk Grafik dan Media Digital, Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang mesra dipanggil Bella ini berkongsi kehidupan seharian dan harapannya bergelar pereka grafik berjaya.

KOSMO! AHAD: Cerita tentang diri Bella?
BELLA: Ber­asal dari Ipoh, Pe­rak dan kini me­netap di Kajang, Selangor. Sejak di bangku sekolah menengah, saya memang tertarik dengan dunia visual, rekaan dan estetika.
Buat masa ini, saya bekerja sambilan di premis serbaneka sementara menunggu peluang dalam bidang graphic design. Walaupun bukan kerja kreatif, semua itu membantu membentuk kematangan dan soft skills untuk seorang pereka grafik.

Bagaimana minat bermula?
Apabila saya sedar visual sebenarnya boleh ‘bercakap’ tanpa perlu suara atau ayat panjang. Susunan elemen, warna dan komposisi mampu mempengaruhi emosi serta cara seseorang mentafsir mesej.
Dari situ saya faham bahawa pereka grafik bukan sekadar tentang cantik, tetapi tentang bagaimana sesuatu visual boleh berfungsi dan berkomunikasi dengan berkesan.

Cabaran terbesar pereka grafik muda?
Membina keyakinan diri dan kesabaran. Dalam dunia kreatif ini, mudah untuk kita rasa ter­tinggal bila nampak orang lain sudah berjaya. Jadi saya memi­lih untuk fokus pada perjalanan sendiri dan percaya bahawa se­tiap orang mempunyai masa dan proses yang berbeza.

Cara Bella elak stres?
Saya jenis yang perlukan ruang untuk ‘reset’. Jadi pada waktu lapang, saya suka berjalan seorang diri atau dengan kawan-kawan. Adakalanya ke pusat beli-belah, kafe atau sekadar keluar ambil angin. Aktiviti ringkas seperti ini cukup untuk tenangkan fikiran dan susun semula emosi.

Pilihan fesyen Bella?
Lebih selesa dengan gaya e­legan dan feminin. Saya suka ‘outfit’ ringkas tetapi kemas sebab fesyen yang baik tidak perlu terlalu sarat untuk menonjol.
Biasanya saya padankan dengan kasut tumit tinggi sebab buatkan saya rasa lebih yakin dan teratur.

BELLA graduan UiTM Machang suka pakai kasut tumit tinggi kerana lebih yakin.

Pilihan solekan harian Bella?
Untuk solekan harian, saya gemar ‘Douyin makeup look’ yang nampak segar dan menyerlahkan ciri semula jadi. Saya juga suka menambah aksesori silver sebab dapat memberi sentuhan moden dan elegan tanpa nampak berlebihan.

Keluar rumah ‘bareface’ atau bersolek?
Mostly pakai mekap. Cuma ke tempat kerja atau yang dekat-dekat saya akan bareface sahaja.

Barang wajib dibaca?
Wallet, liptint atau lipgloss untuk touch up, eye drop, pocket mirror, dan powerbank. Akhir sekali gula-gula halls.

Pernah ada yang samakan wajah Bella dengan seseorang?
Ada yang kata muka saya ada iras aktres Thailand, Baifern Pimchanok sebab soft features. Ada juga kata nampak macam Wonhee dari ILLIT.

Ciri teman istimewa?
Saya hargai seseorang yang stabil, ‘protective’, penyayang, santai serta menjaga penampilan diri. Tertarik dengan seseorang yang rajin berusaha, aktif sukan dan boleh menjadi rakan seiring yang menyokong serta membina masa depan bersama.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN