fbpx
SHEMA terpaksa hidup berjauhan dengan suaminya disebabkan tuntutan kerja. – GAMBAR HIASAN

K2

Suami gagal penuhi nafkah batin kerana PJJ

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MENJALINKAN perhubungan jarak jauh (PJJ) sebagai pasangan suami isteri bukanlah sesuatu yang mudah.

Mereka yang berhadapan dengan situasi tersebut sahaja tahu betapa sukarnya hidup secara berjauhan dengan pasangan.

Seorang wanita yang ingin dikenali sebagai Shema menjelaskan, dia antara wanita yang diuji untuk hidup berjauhan dengan suaminya.

“Atas tuntutan kerja, saya dan suami terpaksa hidup berasingan.

“Disebabkan tinggal berjauhan, ada dugaan yang harus saya tempuh sehingga menyebabkan rumah tangga saya bersama suami tercinta selama enam tahun musnah.

“Kami mengambil keputusan membawa haluan berbeza kerana masing-masing sudah tidak ada hati untuk hidup bersama,” katanya yang kini berusia awal 30-an.

Shema menjelaskan, dia mempunyai kerja tetap di negeri kelahiran Terengganu, manakala, suaminya juga memiliki kerja tetap dan perlu berkhidmat di Lembah
Klang.

Ceritanya, mereka berdua mula berkenalan ketika suaminya bekerja di Terengganu. Selepas hampir setahun kenal, mereka mengambil keputusan untuk
berkahwin.

“Saya mengenali suami ketika dia bekerja di negeri ini. Kami berkenalan secara tidak sengaja di sebuah majlis.

“Setelah mengenali hati budi masingmasing, kami mengambil keputusan untuk melangsungkan perkahwinan,” ujarnya.
Namun begitu, setelah tiga tahun berkahwin dan dikurniakan seorang cahaya mata, mereka terpaksa hidup berjauhan. Ini kerana, suaminya telah diarahkan oleh
pihak syarikat untuk bertugas di Lembah Klang.

Selepas itu, bermulalah kehidupan mereka sebagai pasangan yang harus menjalinkan hubungan secara PJJ.

Ujar Shema, dia bukan tidak mahu mengikuti suaminya berpindah ke Lembah Klang, tetapi tuntutan kerja telah menghalangnya.

Katanya, dia sudah mempunyai kerja yang baik, selain telah membeli sebuah rumah di Terengganu.

Oleh yang demikian, suaminya terpaksa bersendirian bekerja di Lembah Klang.

Pada awalnya, suaminya sering pulang ke Terengganu iaitu kira-kira sebulan sekali untuk menjenguk dia dan anak.

Ada ketikanya, Shema akan ke Lembah Klang untuk bertemu dengan suaminya.

Namun, setelah setahun tinggal berasingan, suaminya lihat mula jarang pulang ke Terengganu.

Disebabkan itu, Shema harus menguruskan segala hal di rumah termasuk anaknya secara bersendirian.

“Kadang-kadang, tiga bulan sekali baru suami saya pulang ke kampung untuk menjenguk kami,” terangnya.

Lama-kelamaan perkahwinan mereka menjadi hambar.

Ada ketikanya, mereka tidak berkomunikasi antara satu sama lain selama seminggu kerana masing-masing sibuk
dengan tugas di tempat kerja.

“Tinggal berjauhan dengan suami bukanlah satu perkara yang mudah.

“Nafkah dari segi zahir tiada masalah kerana saya mempunyai pendapatan sendiri untuk berbelanja.

“Tetapi saya amat menagih nafkah batin daripada suami, namun apabila tinggal berjauhan agak sukar untuk saya
mendapatkannya,” terangnya.

Shema menjelaskan, dia ada berbincang dengan suaminya mengenai hubungan
intim mereka.

Malah, Shema ada meminta suaminya untuk berhenti kerja dan pulang ke Terengganu mencari kerja baharu.

Bagaimanapun, suaminya enggan pulang ke Terengganu, sebaliknya mahu terus bekerja di Lembah Klang.

Shema mengakui, sepanjang tinggal berjauhan, suaminya telah beberapa kali ‘kantoi’ menjalinkan hubungan dengan wanita lain.

“Suami saya ada menjalinkan hubungan dengan wanita lain apabila kami tinggal berjauhan.

“Apabila ‘kantoi’, dia akan memohon maaf dan meminta diberi peluang kedua,”
terang Shema.

Setelah beberapa kesempatan diberikan, suaminya tidak berubah dan masih menjalinkan hubungan dengan wanita lain.

Akhirnya, Shema tawar hati dengan suaminya, sebelum memilih untuk berpisah bagi membolehkan mereka membawa
haluan masing-masing.

Mereka akhirnya sah berpisah di sebuah Mahkamah Syariah di Terengganu

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN