fbpx

Netizen kecoh pasal Gerai Tak Sedap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gerai Tak Sedap yang menjadi bualan para netizen. FACEBOOK

PETALING JAYA – “Usaha patah balik pergi makan nak rasa makanan dia, tak sedap sungguh ka?”

Itu antara perkongsian seorang lelaki mengenai sebuah premis menjual makanan menggunakan nama ‘Gerai Tak Sedap’ di Sungai Petani, Kedah.

Menerusi kumpulan Penduduk Sungai Petani, @Muhamad Azahar Azmi mendedahkan nama itu bagaikan ‘memanggil’ sesiapa sahaja yang lalu di kawasan kedai makanan tersebut.

“Ni baru marketing (pemasaran) tahap ‘dewa’. Nama kedai pun dah buat orang nak cuba. Kalau tak sedap pun orang tak kata apa tapi yang pasti sedap, kena dengan tekak,” katanya.

Perkongsian lelaki itu membuatkan orang ramai teruja mahu mencuba makanan di premis tersebut, malah ada pengguna media sosial yang turut berkongsi pengalaman menarik mereka.

“Selalu lalu anak mesti baca papan tanda kedai tapi nak cuba, selalu ramai (pelanggan),” kongsi seorang netizen.

“Makanan ‘killer’ nasi ayam. Selalu pergi habis, dapat makan mi rebus tapi memang sedap,” kata @Nadiah Ahmad

“(Sudah) Puluh tahun dah kedai ni (dibuka). Mi kari sedap baq hang,” kata @Achoy Durhaka pula. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI