fbpx

Pemilihan PKR aduan perlu dibuat melalui saluran betul

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dr. Zaliha ketika berucap pada program Semarak Aidilfitri bersama Media 2025. Foto oleh NABILA NATASHA YUSMADIE

KUALA LUMPUR – Anggota parti dinasihatkan untuk mengemukakan aduan berkaitan salah laku dalam Pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) 2025 melalui saluran rasmi bagi membolehkan tindakan sewajarnya diambil.

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) PKR, Datuk Seri Dr. Zaliha Mustafa berkata, aduan yang diterima akan diteliti oleh Jawatankuasa Bantahan dan Aduan JPP 2025.

“Aduan dan bantahan perlu dikemukakan melalui saluran yang betul agar tindakan yang sewajarnya dapat diambil. Tanpa aduan atau bantahan rasmi, kami tidak dapat meneliti setiap isu yang dibangkitkan.

“Setiap aduan juga perlu disertakan dengan bukti yang kukuh,” katanya ketika ditemui pada Majlis Semarak Aidilfitri Bersama Rakan Media 2024, di sini semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai tindakan sesetengah calon yang menggunakan media sosial untuk meluahkan rasa tidak puas hati terhadap keputusan pemilihan.

Dr. Zaliha yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) turut memaklumkan bahawa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengadakan sesi libat urus dengan syarikat pemaju dan pembeli projek pembangunan bercampur J Satine di Wangsa Maju.

DBKL dalam kenyataanya memutuskan untuk menyambung semula kerja-kerja pembinaan Blok SOHO serta Blok A dan B projek J Satine, selepas ia dihentikan susulan insiden keretakan pada Blok C.

Keputusan itu dibuat berdasarkan Laporan Kemajuan Perunding Bebas bertarikh 24 Februari yang disediakan oleh jurutera profesional bertauliah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI