fbpx

Hetty hanya singgah, dia mahu bercuti ke Langkawi – Mohamad

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamad Sabu (depan, kiri) diiringi oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Isham Ishak (belakang, dua kanan) beramah mesra bersama penyanyi Indonesia, Hetty Koes Endang ketika Perhimpunan Bulanan dan Majlis Ramah Mesra Aidilfitri Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan tahun 2025 di MAEPS, Serdang di sini hari ini. GAMBAR - AMIR KHALID / KOSMO!

SERDANG – Rata-rata pengunjung Majlis Ramah Mesra Aidilfitri 2024 Kementerian Pertanian Keterjaminan Makananan (KPKM) teruja dengan kemunculan artis legenda Indonesia, Hetty Koes Endang.

Mendendangkan tiga buah lagu iaitu Tak Ingin Sendiri, Tradisi Hari Raya dan Berdiri Bulu Romaku, persembahan Hetty bukan sahaja mendapat tepukan gemuruh, malah ramai tetamu turut bersama-sama mendendangkan lagu tersebut.

Sebelum persembahan diadakan, Hetty memaklumkan kedatangannya ke majlis berkenaan adalah sebagai tanda persahabatan yang sudah lama terjalin antara beliau dan Menteri KPKM, Datuk Seri Mohamad Sabu.

Malah Hetty memberitahu, hubungan keluarga mereka mula rapat sejak Mohamad menjawat jawatan Menteri Pertahanan.

Beliau yang juga juri tetap program realiti, Gegar Vaganzajuga sempat berseloroh menjemput Mohamad sekeluarga ke kediamannya di Indonesia.

Sementara itu, Mohamad ketika ditemui berkata, persembahan Hetty adalah percuma kerana mereka berdua bersahabat lama selain turut mengenali isterinya.

Beliau berkata, undangan Hetty ke majlis tersebut adalah secara kebetulan yang mana penyanyi itu mahu bercuti ke Langkawi.

“Kalau nak ambil (jemput) dia (menyanyi, kena bayar) RM100,000. Tapi dia beri khidmat percuma atas (tiket) persahabatan saya dengan dia. Isteri saya juga kenal dengan dia.

“Kebetulan dia nak bercuti ke Langkawi, maka dia bersedia singgah di sini dan memberikan persembahan secara percuma. Kalau nak bayar, tak mampulah sebab dia bertaraf profesional,” katanya.

Selain Hetty, penyanyi lain yang turut diundang bagi memeriahkan majlis Aidilfitri berkenaan adalah Datuk Jamal Abdillah.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI