fbpx

Lelaki dicekup intai sukarelawan mandi 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEORANG lelaki ditangkap kerana mengintip Wanita mandi. - Foto Thairath

BANGKOK – Seorang lelaki mengambil kesempatan mengintai dan merakam seorang sukarelawan wanita yang mandi di tandas lapangan, lapor portal berita MSNews kelmarin.

Wanita itu mandi di lokasi bangunan runtuh akibat gempa bumi di Bangkok pada bulan lalu.

Menurut laman berita Thairath, suspek ditahan polis sekitar pukul 12.30 tengah malam (waktu tempatan) Khamis lalu.

Selepas seharian bertugas di lokasi runtuhan, pasukan sukarelawan terbabit sedang menjamu selera apabila mereka mendengar jeritan kuat datang dari tandas lapangan.

Mereka bergegas ke tempat kejadian dan mendapati seorang lelaki mengintai salah seorang sukarelawan wanita, mendorong mangsa menjerit meminta pertolongan.

Susulan jeritan itu, mereka segera menghubungi polis.

Anggota-anggota sukarelawan itu turut membantu polis memburu suspek yang kemudian ditemui bersembunyi di Pasar Chatuchat sebelum dia ditangkap.  

Bulan lalu, gempa bumi kuat bermagnitud 7.7  melanda tengah Myanmar, manakala gegarannya dirasai hingga ke Bangkok. Bencana itu turut menyebabkan sebuah  bangunan sedang dalam pembinaan di Bangkok runtuh. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI