fbpx

Piala Malaysia: Fadhli Shas idam kenangan manis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fadhli Shas (dua dari kanan) optimis rakan-rakan sepasukan mampu beri tentangan sengit pada aksi final malam esok.

PETALING JAYA – Pertahanan berpengalaman Sri Pahang, Fadhli Shas mengidamkan kenangan manis menjelang aksi final Piala Malaysia menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam esok.

Fadhli yang pernah menyarung jersi JDT mengakui kenangan menjulang trofi bersama skuad Harimau Selatan kekal terpahat sebagai antara detik paling manis dalam kariernya.

“Detik paling manis final Piala Malaysia saya bersama JDT adalah pada tahun 2017 apabila JDT menang ke atas Kedah dengan 2-0 dan kami dapat memastikan trofi itu kembali menuju ke selatan tanah air selepas Johor muncul juara pada 1985 dan 1991,” katanya.

Mengulas tentang harapan menjelang perlawanan besar ini, bekas pemain kebangsaan ini memberi pujian kepada barisan rakan sepasukannya yang telah membawa pasukan hingga ke tahap ini.

“Mereka rakan pasukan yang sangat hebat, bermotivasi tinggi dan saya kagum melihat semangat rakan-rakan. Semoga kami semua dapat memberikan aksi terbaik,” kata pemain berusia 34 tahun ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI