fbpx

Penduduk ketakutan duit lesap dikebas toyol 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sehelai kertas yang memberi amaran kepada penduduk tentang makhluk ‘toyol’. Instagram

JAKARTA – Penduduk di Jepawa, wilayah Jawa Tengah digemparkan dengan kemunculan makhluk ‘toyol’ yang dituduh  menjadi punca wang simpanan mereka hilang secara misteri, lapor portal berita Lambe Turah.

Rakaman dimuat naik di platform oleh akaun Instagram @infokejadianjepara memaparkan seorang lelaki memasang sepanduk pada sepasang tiang elektrik.

Kertas itu bertulis: “Hati-hati kepada sesiapa yang menyimpan duit, ada orang ‘bela toyol’”.

Dia berbuat sedemikian selepas menerima banyak aduan mengenai kehilangan wang.

Rakaman itu menjadi tular dan menimbulkan pelbagai reaksi.

“Kalau dah sampai diberi amaran, ini sangat bahaya!” kata seorang netizen.

“Penduduk di situ suka bela ‘toyol’,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI