fbpx

Cucu nenek tular baca Yasin dapat 9A

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad Afif Syakirin (kiri) bersama gurunya ketika mengambil keputusan SPM 2024 di MRSM Lenggong semalam.

IPOH – Pengorbanan seorang nenek membaca surah Yasin sewaktu cucunya menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 sehingga tular di media sosial berbaloi apabila remaja itu memperoleh keputusan cemerlang semalam.

Muhammad Afif Syakirin Rahimi, 18, berkata, selain doa seorang nenek, dia tidak menyangka penat lelah mengulang kaji pelajaran selama ini membuahkan hasil.

“Pada awalnya saya menjangkakan hanya memperoleh 9A dalam SPM 2024 kerana ada mata pelajaran yang sukar. Alhamdulillah, tidak sangka empat subjek saya peroleh A+, manakala selebihnya A.

“Ini berkat doa Mek (nenek), ahli keluarga, guru-guru dan rakan-rakan,” katanya kepada Kosmo! di sini semalam.

Afif Syakirin berkatam dia bercadang untuk melanjutkan pengajian dalam bidang kejuruteraan.

Sebelum ini tular sebuah rakaman video memaparkan seorang wanita warga emas membaca surah Yasin ketika cucunya menduduki SPM di MRSM Lenggong pada Januari lalu.

Sementara itu, nenek Afif Syakirin, Mek Nab Abdul Rahman, 82, yang menetap di Kelantan menzahirkan rasa gembira di atas kejayaan cucunya.

Warga emas itu mengakui memang menjadi amalannya untuk mendoakan anak serta cucunya.

“Walaupun tinggal di Kelantan, sekiranya ada kelapangan saya pergi ke rumah anak di Lenggong dan menjenguk cucu di MRSM,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI