fbpx

Doakan kebahagiaan kami sampai ke Jannah – Eyka Farhana

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Eyka Farhana berharap semua pihak mendoakan segala urusan hari bahagianya dengan pemain sayap Terengganu FC (TFC), Akhyar Rashid.

PETALING JAYA – Tidak mengiyakan atau menafikan, pelakon Eyka Farhana berharap semua pihak mendoakan segala urusan hari bahagianya dengan pemain sayap Terengganu FC (TFC), Akhyar Rashid yang didakwa bakal berlangsung pada awal Mei depan dipermudahkan.

Meski tidak berkongsi tarikh majlis perkahwinannya secara terperinci, Eyka atau nama penuhnya Wan Atiqa Farhana Wan Sarmizi, 30, berharap hubungan yang dibina berkekalan hingga ke syurga.

“Selamat hari raya! Insya-Allah semoga semua dipermudahkan.

“Saya harap peminat-peminat semua akan doakan kebahagiaan kami sampai ke Jannah,” katanya kepada Kosmo! Online.

Semalam, Kosmo! Online melaporkan Eyka dan Akhyar akan melangsungkan perkahwinan pada awal bulan depan.

Sumber terdekat berkata, upacara pernikahan yang berlangsung di Kuala Lumpur pada minggu depan.

Pada November tahun lalu, Eyka mendedahkan dirinya sudah bergelar tunang kepada Akhyar sejak 4 Ogos 2023.

Eyka juga menunaikan umrah bersama keluarga dan bakal mentua pada awal Ramadan lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI