fbpx

Tiga warga asing ditahan bergaduh dalam kasino

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP layar pergaduhan melibatkan tiga warga asing di kasino di Genting Highlands baru-baru ini

BENTONG – Tiga warga asing yang terdiri daripada dua lelaki dan seorang wanita ditahan bagi membantu siasatan melibatkan kejadian pergaduhan di dalam kasino di Genting Highlands di sini.

Kejadian pergaduhan berkenaan yang dirakam dalam video berdurasi 42 saat itu tular dalam media sosial.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, suspek yang berusia 32 tahun hingga 49 tahun itu ditahan pada pukul 3.05 pagi, Khamis lalu.

“Pihak polis telah membuka kertas siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 160 Kanun Keseksaan, seksyen 448 Kanun Keseksaan serta Seksyen 15 (1) (c) Akta Imigresen 1959.

“Polis memohon kerjasama semua pihak agar tidak membuat sebarang spekulasi memandangkan kes telah disiasat,” katanya di sini hari ini.

Tambahnya, berdasarkan siasatan pergaduhan tersebut dikatakan berpunca daripada tidak puas hati kerana tidak mendapat bilik hotel di Genting Highlands setelah membayar RM1,500. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI